Utama Android Samsung Samsung Galaxy A14 5G disahkan akan mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh

Samsung Galaxy A14 5G disahkan akan mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh

260
0
Samsung-Galaxy-A14-Render Leaks

Samsung Galaxy A14 5G dijangka akan dilancarkan tidak berapa lama lagi, menurut laporan terkini. Telefon pintar berkenaan buat masa ini telah melepasi proses persijilan dari badan pemantau pengguna Amerika Syarikat FCC.

Berdasarkan perincian yang diwajibkan oleh badan tersebut, Samsung Galaxy A14 5G disahkan akan mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh.

Terdahulu, Galaxy A14 5G dikatakan akan mempunyai ciri rekaan yang hampir sama dengan versi modelnya yang sebelum ini, Galaxy A13 5G. Pada paparan skrin LCD 6.8-inci HD+ telefon pintar ini disediakan satu kamera hadapan yang ditempatkan pada bahagian takuknya. Di bahagian belakangnya pula disediakan tri-kamera dengan satu kamera utama 50MP.Samsung Galaxy A13 5G FCC Leaks

Telefon pintar yang menggunakan cipset Samsung Exynos baharu ini juga dikatakan akan mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisinya.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan bilakah Galaxy A14 5G ini akan hadir ke pasaran. Dikhabarkan telefon pintar ini akan dijual pada harga yang berpatutan memandangkan segmen ini menerima saingan sengit dengan telefon pintar peringkat menengah lain terutamanya oleh pengeluar dari China.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.