BARCELONA, SEPANYOL, 4 Mac 2026 – ZTE Corporation memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bersama SACOFA Sdn Bhd bagi memperkukuh infrastruktur digital Sarawak dan menyokong agenda PCDS 2030 serta Digital Economy 2030.

Pengumuman kerjasama ini memfokuskan memperluas akses sambungan yang boleh dipercayai termasuk ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

Antara pendekatan utama ialah gabungan gentian optik, akses tanpa wayar tetap (FWA), stesen pangkalan luar bandar dan platform Wi-Fi awam dipercayai, disokong komponen kelestarian seperti tenaga hijau dan pemantauan jarak jauh.

ZTE memaklumkan kerjasama ini mencerminkan komitmen jangka panjang kedua-dua pihak untuk menyediakan penyelesaian telekomunikasi yang inovatif dan mampan, termasuk meminimumkan impak alam sekitar melalui pendekatan rangkaian yang lebih cekap.

Di bawah rangka kerja strategik MoU, ZTE dan SACOFA akan meneroka pelaksanaan suite penyelesaian sambungan generasi baharu, termasuk:

  • Stesen pangkalan “Rural Pilot” untuk liputan yang lebih cekap dan boleh diskalakan
  • Teknologi akses gentian seperti GPON dan XGS-PON
  • Platform Wi‑Fi Awam Dipercayai (Trusted Public Wi‑Fi) yang selaras dengan piawaian keselamatan kerajaan

Bagi menangani kekangan infrastruktur di kawasan terpencil, kerjasama ini turut memasukkan seni bina backhaul hibrid gelombang mikro dan satelit, sistem tenaga hijau berasaskan solar/hibrid, serta platform pemantauan jarak jauh pintar untuk operasi autonomi.

ZTE menyatakan inisiatif pemodenan rangkaian peringkat negeri SACOFA yang sedang berjalan, termasuk memenuhi pencapaian pelaksanaan utama dan menyokong objektif transformasi digital Sarawak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SACOFA, Jafer Sadig Abdul Lathiff berkata, “Hasrat Sarawak untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi dan digital termaju memerlukan strategi infrastruktur terkehadapan dan kerjasama teknologi yang mapan,”

Tambah beliau lagi kerjasama diperkukuh ini mempercepat keterhubungan luar bandar melalui gentian, FWA dan platform Wi‑Fi awam selamat, sekali gus memastikan akses inklusif kepada perkhidmatan digital untuk rakyat Sarawak.

Dari sudut kapasiti sedia ada, SACOFA memaklumkan rangkaiannya merangkumi lebih 11,000 kilometer kabel gentian optik dan lebih 1,688 menara selular di Sarawak.

Kedua-dua pihak menyifatkan momentum program ini sebagai berpaksikan kecemerlangan pelaksanaan, inovasi teknologi dan ketahanan infrastruktur jangka panjang, sejajar aspirasi Sarawak ke arah ekonomi digital yang lebih matang.

Melalui kerjasama ini, ZTE turut menegaskan peranannya sebagai rakan teknologi dipercayai dalam landskap telekomunikasi Malaysia, sambil menyokong inisiatif yang memacu keterangkuman digital, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur mampan.

Tinggalkan komentar