YouTube mengumumkan pihaknya akan menyekat saluran-saluran YouTube yang didanai oleh kerajaan Russia. Tindakan ini susulan dari sekatan saluran-saluran seperti RT dan Sputnik di Eropah awal bulan ini.

Pengumuman ini turut menyatakan kandungan-kandungan yang menafikan, meremeh atau memutarbelitkan maklumat penaklukan Russia ke atas Ukraine turut disekat.

Beberapa platform lain turut menyekat pengguna-pengguna di Eropah dari mengakses ke kandungan yang disediakan oleh badan media kerajaan Russia.

Sebagai tindakbalas, pihak kerajaan Russia telah menyekat akses ke laman-laman seperti Facebook atau Twitter. Selain itu, Instagram juga akan disekat di Russia bermula 14 Mac ini.

Terdahulu, Google sudah pun menyekat saluran-saluran berkenaan dari menjana pendapatan pengiklanan melalui YouTube. Hujung Februari lalu, saluran media kerajaan Russia tidak dibenarkan untuk meletakkan iklan pada video-videonya dan minggu lepas, Google meningkatkan lagi tekanan dengan menyekat kesemua hasil pengiklanannya di Russia.

Tinggalkan komentar