Yahoo yang kita kenali dahulu kini sudah berubah. Sebahagian besar syarikat berkenaan telah dijual kepada Verizon pada nilai USD 4.8 billion. Manakala sebahagian yang tinggal kini dinamakan semula sebagai Altaba, menurut TechCrunch.

Sebahagian yang tinggal kini merupakan 15 peratus yang dimiliki oleh Alibaba dan 35.5 peratus yang dimiliki oleh Yahoo Jepun. Altaba kini akan beroperasi sebagai syarikat pelaburan.

Kebanyakan pengurusan peringkat tertinggi Altaba telah meletak jawatan dan terdapat khabar angin yang mengatakan Marissa Mayer akan kembali semula ke Yahoo (Verizon).

Sumber berita diperoleh dari TechCrunch

3 KOMEN

Tinggalkan komentar