Xiaomi Malaysia telah rasmi melancarkan Xiaomi TV Stick 4K Generasi Ke-2 di pasaran Malaysia mulai 16 Februari 2026Harga jualannya pula kekal pada RM219, sama seperti model terdahulu.

Peranti ini hadir sebagai kemaskini kepada model generasi pertama yang diperkenalkan pada tahun 2022, membawa peningkatan ketara dari segi prestasi, sokongan format visual, serta antara muka pengguna.

Xiaomi TV Stick 4K Generasi Ke-2 dikuasakan oleh cip proses 6nm terbaru, menampilkan pemproses quad-core Cortex-A55 berkelajuan sehingga 2.5GHz dan unit pemprosesan grafik ARM Mali-G310 V2.

Berbanding model pertama, Xiaomi mendakwa peningkatan prestasi CPU sebanyak 80% dan GPU sebanyak 150%, menjadikannya lebih responsif untuk pengalaman penstriman yang lancar. Kapasiti ingatan dan storan kekal pada 2GB RAM dan 8GB storan dalaman yang tidak boleh dinaik taraf.

Sokongan Visual dan Audio Ditingkatkan

Dari sudut visual, peranti ini menyokong output resolusi 4K bersama sokongan Dolby Vision dan HDR10+. Pembaharuan yang tidak terdapat pada model generasi pertama sebelum ini.

Bagi audio pula, Xiaomi TV Stick 4K Generasi Ke-2 menyokong Dolby Atmos, DTS:X, serta penyahkodan AV1, memastikan pengalaman bunyi sinematik yang menyeluruh.

Peranti ini kini dilengkapi sambungan Wi-Fi 6 dwi-jalur, menggantikan piawaian Wi-Fi 5 yang digunakan pada model terdahulu, selain mengekalkan sokongan Bluetooth 5.2 dan Google Cast untuk penghantaran kandungan terus dari peranti mudah alih.

Manfaat Google TV

Berbeza dengan model sebelumnya yang menggunakan Android TV, Xiaomi TV Stick 4K Generasi Ke-2 kini beroperasi menggunakan Google TV. Antara mukanya lebih tertumpu pada kandungan dengan cadangan disatukan merentas pelbagai perkhidmatan penstriman.

Ia datangkan dengan aplikasi Netflix, Amazon Prime Video, dan YouTube diprapasang, dengan aplikasi tambahan boleh dimuat turun melalui gedung aplikasi terbina dalam.

Xiaomi turut memperkenalkan kawalan jauh Bluetooth baharu yang tidak memerlukan garisan pandang untuk berfungsi. Selain butang pintasan untuk Netflix dan Prime Video, alat kawalan jauh baharu ini kini turut menyertakan pintasan untuk YouTube dan perkhidmatan Xiaomi TV+, platform TV secara terus percuma milik Xiaomi.

Spesifikasi Utama

Spesifikasi Butiran
Cip 6nm Quad-core Cortex-A55, 2.5GHz
GPU ARM Mali-G310 V2
RAM / Storan 2GB / 8GB
Resolusi Output 4K
Sokongan HDR Dolby Vision, HDR10+
Audio Dolby Atmos, DTS:X, AV1
Wi-Fi Dual-band Wi-Fi 6
Bluetooth 5.2
Sistem Operasi Google TV
Harga RM219

Xiaomi TV Stick 4K Generasi Ke-2 merupakan pilihan menarik bagi pengguna yang ingin menaik taraf televisyen biasa mereka kepada pengalaman penstriman 4K yang lengkap dengan harga yang berpatutan. Peranti ini kini boleh dibeli melalui kedai dalam talian rasmi Xiaomi termasuk Shopee, Lazada, dan Mi.com.

Tinggalkan komentar