Xiaomi, jenama yang tidak asing lagi di kalangan pengeluar televisyen pintar baru-baru ini telah memperkenalkan produk-produk Internet of Things (IoT) baharunya di Sunway Pyramid. Ia diadakan bersama-sama pameran Xiaomi Smart Living Showcase yang turut mengetengahkan produk-produk seperti televisyen pintar, audio dan juga peralatan kelengkapan rumah.
Antara produk baharu yang diperkenalkan siri Xiaomi TV A Pro 2025 yang menampilkan paparan 4K Ultra HD dengan resolusi 3840 x 2160 dan warna gamut standard DCI-P3. Ia juga mempunyai teknologi Motion Estimation dan Motion Compensation (MEMC) yang menawarkan imej pergerakan berkelajuan tinggi yang lebih lancar. Dari segi kualiti bunyinya, TV ini turut menggabungkan teknologi Dolby Audio dan dwi-pengekodan DTS:X yang melengkapkan teknologi DTS Virtual:X untuk kesan bunyi 3D.
Terdapat dua model yang ditawarkan untuk Xiaomi TV A Pro 2025 yang diperkenalkan iaitu 43-inci dan 55-inci yang masing-masing berharga RM1,499 dan RM2,399. Bersempena Xiaomi Smart Living Showcase, kedua-dua model berkenaan dijual pada harga promosi masing-masing RM1,249 dan RM1,999. Dalam pada masa yang sama, Xiaomi TV A 2025 55-inci yang dijual pada harga RM1,999, kini dijual pada harga promosi RM1,699.
Bagi setiap pembelian mana-mana produk Xiaomi di sepanjang jerayawara ini, anda berpeluang untuk menerima hadiah bernilai sehingga RM4,599. Pengunjung yang membuat pembelian mana-mana produk Xiaomi melebihi RM500 di dalam satu resit atau Xiaomi Smart Band 9 juga akan menerima Hadiah Misteri selagi stok masih ada.
Siri Xiaomi TV A Pro 2025, Xiaomi Smart Band 9 dan Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i kini boleh didapatkan di mana-mana peniaga Xiaomi yang sah di seluruh Malaysia atau secara dalam talian di Xiaomi Malaysia atau menerusi kedai Xiaomi di Shopee dan Lazada.