Utama Android Xiaomi Xiaomi Redmi K50 dikatakan akan dilancarkan pada Februari 2022

Xiaomi Redmi K50 dikatakan akan dilancarkan pada Februari 2022

Siri telefon pintar popular keluaran jenama Redmi ini dikatakan akan dilancarkan pada Februari 2022

459
0

Desas-desus mengenai Redmi K50 seringkali diperkatakan di alam maya sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Sungguhpun tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai pelancarannya, laman Digital Chat Station menyatakan siri telefon berkenaan dijadualkan akan dilancarkan pada Februari 2022.

Maklumat tersebut berkemungkinan tepat jika mengambil kira tarikh pelancaraan Redmi K40 yang dilancarkan sekitar bulan yang sama pada tahun ini.

Menurut dakwaan tersebut, Redmi K50 akan hadir dengan model-model yang merangkumi K50, K50 Pro, K50 Pro+, dan K50 Gaming, sama seperti penawaran dari Redmi K40.

Redmi K40 Pro
Redmi K40 Pro

Redmi K50 Pro+ dijangkakan akan menggunakan pemprosesan baharu Snapdragon 8 Gen 1. Manakala Redmi K50 Pro pula dikatakan akan menggunakan cipset Snapdragon 870. Bagi varian standard dan K50 Gaming pula, kedua-duanya dijangkakan hadir dengan cipset Dimensity 7000 dan Dimensity 9000, masing-masing.

Redmi K50 juga dikhabarkan akan menggunakan antaramuka MIUI 13, serta membawakan kembali pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Untuk kameranya, pula, siri turut dijangkakan akan hadir dengan kamera utama 64MP bersama-sama bateri berkapasiti 5,000mAh.

Satu keunikan juga akan diperkenalkan pada varian K50 Pro+ melalui kamera utama 108MP yang turut disokong oleh satu sensor telefoto berperiskop. Siri Redmi K50 juga dikatakan bakal hadir dengan pengecasan 100W dan kerintangan air dan debu IP68. Cuma tidak dapat dipastikan model yang mana dari siri tersebut yang dilengkapkan dengannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.