Utama Android Xiaomi Xiaomi perkenalkan teknologi pengecasan baharu HyperCharge, 200W untuk berwayar – 0% ke...

Xiaomi perkenalkan teknologi pengecasan baharu HyperCharge, 200W untuk berwayar – 0% ke 100% dalam 8 minit

294
0

Xiaomi kini dilihat sedang menerajui bidang pembangunan teknologi pengecasan baharu. Kali ini Xiaomi telah mengorak langkah dengan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas berwayar 200W dan nirwayar 120W.

Teknologi baharu ini dinamakan sebagai HyperCharge, nama yang sama diberikan oleh Black Shark untuk teknologi pengecasannya.

Menurut Xiaomi, teknologi HyperCharge 200W mampu memenuhkan bateri 4,000mAh ke 100% dalam tempoh lapan minit sahaja.

Dalam pada masa yang sama, Xiaomi turut berkongsikan video kaedah yang digunakan HyperCharge pada Mi 11 Pro yang diubahsuai. Berdasarkan video tersebut, telefon berkenaan mencapai kapasiti 50% dalam tempoh tiga minit dan mencecah ke 100% kurang dari 8 minit.

Video berkenaan juga menunjukkan Mi 11 Pro dicaskan secara nirwayar pada kadar 120W dengan tahap 10% penuh dalam tempoh seminit dan 50% dalam tempoh tujuh minit.

Setakat ini tidak dinyatakan bilakah Xiaomi akan memperkenalkan teknologi pengecasan HyperCharge berwayar 200W dan nirwayar 120W ini pada perantinya yang akan dijual di pasaran. Mengikut teori, kepantasan pengecasan berkenaan akan menghasilkan lebih banyak haba dan boleh memendekkan jangka hayat baterinya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.