Utama Android Xiaomi Xiaomi MIX Flip – Saingan kepada Galaxy Z Flip 5?

Xiaomi MIX Flip – Saingan kepada Galaxy Z Flip 5?

48
0
Xiaomi MIX Flip IMEI Records

Telefon pintar boleh lipat gaya flip kembali semula di pasaran sejak tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini selepas kali terakhir menjadi trend ketika awal millenium ini dahulu.

Tidak lama selepas pelancaran Samsung Galaxy Z Flip 5, kini giliran Xiaomi pula dilihat mengikut jejak langkah memperkenalkan telefon pintar gaya flip tersebut melalui Xiaomi MIX Flip.

Peranti tersebut diketemukan di dalam pangkalan data IMEI di China. Menariknya, produk berkenaan yang bernombor model 2311BPN23C di pangkalan data berkenaan dijangka akan dilancarkan bersama-sama satu lagi telefon pintar boleh lipat, Xiaomi MIX Fold 4.Xiaomi MIX Flip IMEI Database

Ura-ura mengatakan telefon pintar boleh lipat Xiaomi ini akan tiba di pasaran pada Ogos 2024. Namun, tidak dapat dipastikan jika ia mungkin akan hadir lebih awal.

Khabar angin yang lain pula mengatakan peranti ini mungkin akan menemui pengguna pada hujung tahun ini. Jika benar, ia pastinya menjadi saingan terbaru kepada Galaxy Z Flip 5 atau mungkin Galaxy Z Flip 6 jika dilancarkan pada tahun depan.

Selain itu, Xiaomi MIX Flip juga dikatakan akan menampilkan lensa telefoto bersana-sama lensa lebar dan ultra-lebar. Sebagai perbandingan, Galaxy Z Flip 5 tidak menawarkan kamera telefoto pada sistem kameranya. Telefon pintar boleh lipat Xiaomi ini juga berkemungkinan mempunyai keupayaan zum optikal 3x dan menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3.

SUMBERGizmoChina
Artikel sebelum iniHONOR 90 dinobatkan sebagai Pembelian Terbaik Telefon Pintar EISA 2023 – 2024
Artikel seterusnyaSamsung Galaxy A05, A05s diketemukan dalam Senarai SIRIM; Dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.