Utama Android Xiaomi Xiaomi Mix Flip disahkan akan memasuki pasaran global dalam bulan ini

Xiaomi Mix Flip disahkan akan memasuki pasaran global dalam bulan ini

53
0

Xiaomi Mix Flip, telefon pintar boleh lipat gaya katup pertama keluaran Xiaomi pertama kali telah diumumkan pada Julai lalu dan dilancarkan ke pasaran China sebulan kemudian. Kini, Ketua Pengarah Eksekutif Lei Jun telah mengesahkan telefon pintar berkenaan akan dilancarkan ke pasaran luar China.

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan beliau di X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Mix Flip akan menemui pengguna global pada bulan ini.

Dalam pada masa yang sama juga, Xiaomi turut merancang untuk mengadakan acara pelancaran Xiaomi 14T dalam bulan ini juga. Ketika dilancarkan di China sebelum ini, Xiaomi Mix Flip diumumkan mempunyai skrin luaran 4.01-inci dan paparan utama OLED 6.86-inci 120Hz.

Di dalamnya ia menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, RAM 16GB dan storan sehingga 1TB. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 4,780mAh yang menyokong pengecasan 67W. Kamera utamanya pula ia mempunyai dua kamera 50MP dan kemungkinan spesifikasinya adalah sama untuk model pasaran globalnya kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.