Utama Android Xiaomi Xiaomi 15 kini di Malaysia; Boleh dipra-tempah dengan harga bermula dari RM3,499

Xiaomi 15 kini di Malaysia; Boleh dipra-tempah dengan harga bermula dari RM3,499

153
0

Selepas dilancarkan di pasaran China pada hujung tahun lepas, Xiaomi 15 kini secara rasminya memasuki pasaran global termasuk Malaysia. Sama seperti siri Xiaomi 14 pada tahun lepas, model Pro tidak ditawarkan di sini.

Xiaomi 15 merupakan telefon pintar mercu bersaiz kompak yang menampilkan pemprosesan mercu Qualcomm, Snapdragon 8 Elite bersama-sama tri-kamera yang dibangunkan bersama-sama Leica.

Walaupun kelihatan mirip dengan 14, Xiaomi 15 mempunyai bingkai yang lebih nipis dengan sedikit kecil dan ringan berbanding model sebelumnya. Ia masih lagi kekal dengan paparan AMOLED 6.36-inci beresolusi 2K 120Hz. Namun untuk kecerahannya telah dinaikkan sehingga 3200 nits. Di dalamnya, telefon pintar baharu Xiaomi ini menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Elite bersama-sama RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB.

Xiaomi 15 masih lagi dengan sistem tri-kamera yang menampilkan kamera utama 50MP f/1.62 dengan sensor Light Fusion 900 1/1.31″ , kamera ultra-lebar 50MP f/2.2 dan kamera telefoto 50MP f/2.0 dengan zum optikal 3x. Dihadapannya, disediakan juga kamera 32MP.

Sama seperti Xiaomi 15 Ultra, model ini juga mempunyai pembesar suara stereo, serta kerintangan air dan debu IP68. Dari segi ketersambungan, ia menyokong Bluetooth 5.4, WiFi 7, 5G, NFC dan pemancar sinaran infra-merah.

Sungguhpun sedikit kompak berbanding 14, Xiaomi 15 kini menampilkan bateri berkapasiti 14% lebih besar, 5,240mAh, berbeza dengan model sebelumnya 4,160mAh. Dari segi pengecasan, Xiaomi 15 menawarkan pengecasan berwayar 90W, dan nirwayar 50W.

Harga Xiaomi 15 di Malaysia

Xiaomi 15 hadir dengan dengan dua pilihan konfigurasi di pasaran tempatan:

  • Xiaomi 15 RAM 12GB, storan 256GB – RM3,499
  • Xiaomi 15 RAM 12GB, storan 512GB – RM3,699

Boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi Xiaomi Malaysia serta di Shopee dan Lazada, Xiaomi 15 turut ditawarkan dengan pilihan warna Black, White dan Green.

Turut ditawarkan edisi Liquid Silver yang dijual secara eksklusif di kedai dalam talian Mi.com. Xiaomi 15 Liquid Silver hanya ditawarkan dengan pilihan konfigurasi RAM 12GB dan storan 512GB pada harga RM3,699 (atau RM3,599 dengan rebat pra-tempahan).

Bersempena promosi pra-tempahannya, anda yang menjadi pembeli terawal berpeluang untuk menerima Xiaomi Watch S4 percuma (bernilai RM699), bersama-sama rebat RM100. Tawaran pra-tempahan Xiaomi 15 oleh Xiaomi Malaysia boleh dinikmati sehingga 7 Mac 2025 selagi stok masih ada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.