Utama Komputer Windows kini membenarkan Pemacu USB dicabut sesuka hati

Windows kini membenarkan Pemacu USB dicabut sesuka hati

1173
0

Komputer Windows kini sudah membenarkan pengguna-penggunanya mencabut terus pemacu USB tanpa perlu melakukan ‘Safely Remove’ seperti kebiasaannya.

Kemaskini Windows 10 versi 1809 kini telah mengubah tetapan lalai sistem operasi berkenaan terhadap sambungan USB dan Thunderbolt. Pada versi Windows yang terdahulu, tetapan lalai yang diberikan adalah “Better Perfomance” yang membolehkan cache menulis (write caching) pada pemacu luaran. Atas sebab tetapan ini, pemacu berkenaan perlu ditanggalkan dengan selamat (safely remove) sebelum dicabut.

Dalam kemaskini terbaru ini, tetapan lalai sambungan USB telah diubahkan kepada “Quick Removal” dan seterusnya membolehkan anda mencabut pemacu tanpa perlu bimbang tentang kehilangan data.

Bagaimanapun, menurut Microsoft tetapan “Quick Removal” ini mungkin menyebabkan prestasi sistem merosot kerana ia tidak membenarkan caching dilakukan. Pengguna mungkin boleh mempertimbangkan untuk kembali semula ke tetapan “Better Perfomance” berdasarkan langkah-langkah berikut:

  1. Sambungkan pemacu ke komputer
  2. Klik kanan pada butang Start, kemudian pilih File Explorer.
  3. Di dalam File Explorer, kenal pasti huruf atau label yang digunakan oleh pemacu berkenaan (contohnya, USB Drive (D:)).
  4. Klik kanan pada Start, kemudian pilih Disk Management.
  5. Di bahagian bawah tetingkap Disk Management, klik kanan pada label pemacu yang ingin dipilih, kemudian pilih Properties.
  6. Pilih Policies, dan tentukan policy apa yang anda inginkan.

Kemaskini versi 1809 ini sepatutnya sudah mula diperoleh oleh pengguna-pengguna Windows 10 pada masa ini. Sebaiknya anda perlu membuat semakan versi kemaskini terlebih dahulu sebelum suka-suka hati mencabut pemacu USB anda.

Sumber berita diperoleh dari ZDNet

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.