Utama Mobile Aplikasi WhatsApp Desktop App kini sertakan sokongan Panggilan Video, Suara

WhatsApp Desktop App kini sertakan sokongan Panggilan Video, Suara

475
0

WhatsApp menerusi blog rasminya telah mendedahkan sokongan panggilan video dan suara telah disediakan bagi aplikasi desktopnya pada Windows dan Mac. Fungsi ini telah pun menjalani ujian beta sejak dari Disember 2020.

Bagaimanapun, fungsi ini masih lagi belum disediakan bagi pengguna WhatsApp Web. Tidak diketahui bilakah pengguna WhatsApp web bakal menikmati penambahan sokongan baharu ini.

Penggunaan fungsi panggilan video dan suara melalui aplikasi desktop WhatsApp ini adalah sama dengan penggunaannya pada versi aplikasi mudah alih.

Anda yang perlu membuka tetingkap borak dan kemudian klik pada ikon kamera video atau gagang telefon untuk memulakan panggilan.

Panggilan video akan muncul melalui tetingkap yang boleh dilaraskan dan akan sentiasa muncul pada bahagian paling atas dari aplikasi lain yang dibuka.

Webcam dan mikrofon diwajibkan untuk dipasang untuk memulakan panggilan video dan suara berkenaan.

Buat masa ini fungsi panggilan tersebut hanya boleh digunakan pada borak individu. Fungsi pada borak berkumpulan (WhatsApp group) akan disusuli kemudian.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.