Utama Mobile Aplikasi WhatsApp perkenalkan ‘Call Links’ untuk benarkan pengguna lain sertai Panggilan Audio, Video...

WhatsApp perkenalkan ‘Call Links’ untuk benarkan pengguna lain sertai Panggilan Audio, Video yang sedang berlangsung

667
0
WhatsApp-Call-Links

Pengguna di dalam panggilan WhatsApp pada kebiasaannya dihadkan bagi yang telah masuk sejak dari mula panggilan tersebut dibuat. Keadaan tersebut bagaimanapun berubah apabila aplikasi permesejan ini mula memperkenalkan ciri ‘Call Links’ pada minggu ini.

Ciri ini membolehkan anda menjana dan menghantar pautan panggilan dan sesiapa yang mempunyai pautan tersebut boleh menyertai panggilan yang sedang berlangsung.

Pengumuman ini hadir menerusi satu hantaran Facebook oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg. Meta juga menyatakan di dalam kenyataan medianya mengenai Call Links boleh dijana dari Calls Tab untuk panggilan audio dan juga video. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan aplikasi WhatsApp versi terkini.

Call Links ini membolehkan peserta panggilan lain yang terlewat menyertai panggilan yang sedang berlangsung. Bagaimanapun, ia tidak menyediakan fungsi yang membolehkan pautan tersebut dijana lebih awal sebelum panggilan dimulakan seperti yang biasa dibuat dengan aplikasi telesidang lain seperti Zoom atau Google Meet.

Selain dari Call Link, Mark Zuckerberg turut menyatakan pihaknya kini sedang menguji panggilan video berenkripsi untuk sehingga 32 orang.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.