Utama Mobile Aplikasi WhatsApp membenarkan pengguna menghalang dari ditambah ke dalam Group

WhatsApp membenarkan pengguna menghalang dari ditambah ke dalam Group

998
0

Group di dalam WhatsApp adalah satu kemudahan, namun adakalanya ia agak menjengkelkan terutama sekali apabila anda secara tiba-tiba ditambah ke dalam sesebuah Group yang anda tidak berkenan.

Untuk mengatasi masalah ini, WhatsApp memperkenalkan fungsi terbaru di dalam kemaskininya yang akan datang.

Melaluinya, pengguna boleh memilih siapa yang dibenarkan untuk menambahkan pengguna ke dalam sesebuah Group iaitu “Nobody”, “My Contacts” atau “Everyone”.

Untuk mendapatkan ke menu pilihan ini, anda perlu pergi ke Settings > Account > Privacy > Groups. Setakat artikel ini ditulis, kemaskini ini masih lagi belum disediakan. Namun, pihak WhatsApp menyatakan kemaskini berkenaan akan tersedia dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi.

Sumber berita diperoleh dari Blog WhatsApp

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.