Utama Android vivo vivo Y29 5G Dilancarkan dengan MediaTek Dimensity 6300, Skrin 120Hz

vivo Y29 5G Dilancarkan dengan MediaTek Dimensity 6300, Skrin 120Hz

92
0

vivo telah melancarkan model baharu dalam siri Y keluarannya, vivo Y29 5G. Ia menawarkan peningkatan dari segi spesifikasi dan ciri-ciri seperti penggunaan cip MediaTek Dimensity 6300, skrin dengan kadar penyegaran semula 120Hz, dan beberapa ciri menarik lain.

Telefon pintar ini dilengkapkan dengan skrin HD+ 6.68 inci, kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits. Reka bentuknya yang anggun mempunyai ketebalan 8.1mm dan seberat 198g, menjadikannya ringan dan tahan lasak.

Ia juga mempunyai penarafan IP64 untuk ketahanan terhadap debu dan percikan air. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan – Diamond Black, Glacier Blue, dan Titanium Gold.

Prestasi dan Perisian

Di bahagian dalamnya, vivo Y29 5G dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 6300 dengan pilihan RAM sehingga 8GB jenis LPDDR4X dan storan dalaman jenis eMMC 5.1 sehingga 256GB.

Storannya boleh diperluaskan sehingga 1TB melalui kad microSD. Telefon pintar ini menggunakan antaramuka Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Kamera

Dari segi kamera, vivo Y29 5G dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan sensor sekunder 0.08MP di bahagian belakang. Di bahagian hadapan, terdapat kamera 8MP untuk swafoto dan panggilan video.

Unit lampu LED berbentuk cincin di bahagian belakang menyokong pencahayaan dinamik, yang membolehkan pengguna menyesuaikan lampu berkelip dengan pelbagai warna semasa memainkan muzik atau untuk peringatan.

Bateri dan Lain-lain Ciri

vivo Y29 5G mempunyai bateri 5,500mAh dan sokongan pengecasan 44W. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi. Telefon pintar ini juga mempunyai ketahanan gred ketenteraan MIL-STD-810H.

Ketersediaan dan Harga

vivo Y29 5G ditawarkan dalam beberapa konfigurasi memori dan storan, bermula dari 4GB + 128GB, 6GB + 128GB, 8GB + 128GB dan 8GB + 256GB.

Di India, harga bermula dari INR13,999 (~RM737) untuk model asas dan boleh mencecah sehingga INR18,999 (~RM1,001) untuk konfigurasi tertinggi.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai ketersediaan telefon pintar ini di pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.