Utama Android vivo Vivo X70 dan X70 Pro kini dilancarkan di pasaran Malaysia; Harga dari...

Vivo X70 dan X70 Pro kini dilancarkan di pasaran Malaysia; Harga dari RM2,499

238
0

Vivo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan kehadiran Vivo X70 dan Vivo X70 Pro di pasaran Malaysia. Harga yang ditawarkan adalah RM2,499 bagi Vivo X70 dan RM3,299 bagi Vivo X70 Pro.

Telefon Vivo baharu ini boleh didapati melalui Shopee, Lazada, kedai konsep Vivo, kedai dalam talian Vivo dan juga seluruh pengedar Vivo yang sah di seluruh Malaysia.

Buat anda yang melakukan pra-tempahan bagi siri Vivo X70 baharu ini dari 22 September sehingga 1 Oktober 2021 akan layak menerima cenderahati percuma bernilai RM799. Ia hadir dalam bentuk kotak hadiah Vivo X70 atau kotak hadiah Vivo X70 Pro.

Bukan itu sahaja, jika anda mendapatkannya menerusi Shopee atau kedai dalam talian Vivo, anda akan layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM899. Ia merangkumi kotak hadiah, pembesar suara, pelindung skrin, kerangka telefon dan banyak lagi.

Dari segi spesifikasi teknikalnya, Vivo X70 didatangkan dengan cipset Dimensity 1200 5G, RAM sehingga 12GB, dan ROM sehingga 256GB. Melalui paparan FHD+ 6.56-inci 120Hz, telefon ini juga dilengkapkan dengan bateri 4,400mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 44W.

Kameranya pula hadir dengan tetapan tri-kamera 50MP, 12MP dan 12MP. Pada hadapannya pula disediakan kamera swafoto 32MP.

Manakala bagi X70 Pro pula, ia hadir dengan cipset Exynos 1080 dengan RAM sehingga 12GB, dan storan sehingga 512GB. Paparannya pula dilengkapkan dengan skrin FHD+ 6.56-inci 120Hz serta bateri 4450mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W.

Tidak seperti X70, X70 Pro menawarkan tetapan kuad-kamera merangkumi 50MP, 8MP, 12MP dan 12MP. Serta sebuah kamera 32MP ditempatkan pada sebelah hadapannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.