Utama Android vivo Vivo X60t Pro+ dilancarkan; Menawarkan paparan 120Hz, Snapdragon 888, Kuad-kamera 50MP

Vivo X60t Pro+ dilancarkan; Menawarkan paparan 120Hz, Snapdragon 888, Kuad-kamera 50MP

154
0

Telefon pintar mercu Vivo X60t Pro+ telah dilancarkan di pasaran China. Ianya merupakan model terbaru di dalam siri X60 selepas Vivo X60, X60 Pro, X60 Pro+ X60t, dan X60 Versi Skrin Lengkung.

Vivo X60t Pro+ menawarkan paparan bucu melengkung AMOLED 6.56-inci. Serta dengan nisbah aspek 19.8:9, beresolusi 1080 x 2376 piksel Full HD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Cipset Snapdragon 888 digunakan bagi menguasakan telefon ini yang turut disokong dengan RAM LPDDR5 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB. Terdapat bateri berkapasiti 4,200mAh disediakan untuk model telefon ini yang turut menyokong pengecasan pantas 55W.

Untuk kameranya, X60t Pro+ memiliki sebuah kamera 32MP pada sebelah hadapannya. Manakala di belakangnya pula terdapat gandingan kuad kamera. Ianya mengandungi sebuah sensor utama 50MP Samsung GN1, dan sensor ultra-lebar 48MP Sony IMX598 OIS. Serta sensor telefoto 12MP dan lensa telefoto berperiskop 8MP.

Menggunakan antaramuka Vivo OriginOS UI 1.0 yang berasaskan Android 11, X60t Pro+ menawarkan dwi SIM, 5G, Wi-Fi 802.11ax, Bluetooth 5.2, GPS dwi-frekuensi, NFC, dan USB-C.

Ciri-ciri yang ditawarkan oleh model ini adalah hampir sama dengan X60 Pro+. Cumanya ia dibezakan pada lensa telefotonya, yang mana X60 Pro+ menawarkan 32MP, manakala X60t Pro+ menawarkan 12MP.

X60 Pro+ ditawarkan dengan dua pilihan di pasaran China iaitu RAM 8 GB + storan 128 GB dan RAM 12 GB + storan 256 GB. Masing-masing berharga 4,999 Yuan (~RM 3,206) and 5,999 Yuan (~RM 3,847). Ianya juga didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Classic Orange dan Dark Blue.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.