Utama Android vivo Vivo X100 Pro disahkan akan guna Cip Dimensity 9300 dan Cip Pengimejan...

Vivo X100 Pro disahkan akan guna Cip Dimensity 9300 dan Cip Pengimejan Vivo V3

196
0

Siri Vivo X100 telah diperkatakan desas-desusnya lewat kebelakangan ini dan kini pengeluarnya telah mengesahkan beberapa spesifikasi penting telefon pintar berkenaan. Antaranya cipset yang digunakan serta sensor-sensor untuk kameranya.

Dikongsikan melalui akaun rasminya di Weibo, Vivo telah menerbitkan sebuah video pengacah untuk siri X100 yang mengetengahkan varian Pro model tersebut. Berdasarkan video tersebut, X100 Pro akan dilengkapkan dengan cip MediaTek Dimensity 9300. Ini seterusnya menjadikan ia sebagai telefon pintar pertama yang menggunakan pemprosesan tersebut.

Vivo juga menempatkan pemprosesan pengimejan buatannya sendiri V3 ke dalam telefon pintar berkenaan. Video yang sama juga mendedahkan lensa telefoto super Zeiss APO yang didakwa mampu memberikan kualiti imej yang lebih bagus terutamanya di dalam keadaan kurang pencahayaan.

Lain-lain maklumat mengenai siri Vivo X100 dijangka bakal diketahui pada 13 November ini ketika pelancarannya di China. Dijadualkan telefon pintar baharu keluaran Vivo ini akan dilancarkan pada jam 7 malam waktu China.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.