Utama Android vivo vivo V30e akan dilancarkan secara rasminya 2 Mei ini; Hadir dengan Bateri...

vivo V30e akan dilancarkan secara rasminya 2 Mei ini; Hadir dengan Bateri 5,500mAh, Kamera 50MP

53
0

vivo secara rasminya telah mengumumkan pelancaran vivo V30e pada 2 Mei ini di India. Beberapa maklumat penting spesifikasinya turut dimaklumkan menjelang tarikh pelancaran telefon pintar tersebut.

Diumumkan menerusi laman web rasmi vivo India, V30e akan dilancarkan pada jam 12 tengah hari waktu tempatan. Di halaman yang sama juga, telefon pintar berkenaan telah disahkan akan mempunyai bateri berkapasiti 5,500mAh, pertama kali ditawarkan untuk siri V berkenaan.

vivo juga menyatakan bateri tersebut mempunyai “tempoh kesihatan bateri selama 4-tahun” dengan mampu mengekalkan sehingga 80% daripada kapasiti asalnya selepas 1,600 kitaran penuh pengecasan. Selain itu, vivo V30e juga disahkan akan menampilkan kamera utama 50MP bersama-sama Aura Light di belakangnya, serta kamera 50MP di hadapannya.

Lain-lain ciri yang disahkan akan hadir termasuklah Ultra-Slim 3D Curved Display dan pilihan warna Velvet Red dan Silk Blue. Spesifikasi lengkap untuk vivo V30e ini bagaimanapun perlu menunggu sehingga pelancaran rasminya tidak lama lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.