vivo Malaysia pada minggu lepas telah mengacah tentang pelancaran V27e yang diadakan pada hari ini. Sebagaimana yang telah dijanjikan, telefon pintar berkenaan telah dilancarkan pada hari ini bersama-sama maklumat speesifikasinya.
vivo V27e hadir dengan skrin AMOLED Full HD+ 6.62-inci bersama-sama kadar penyegaran skrin 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz.Kecerahan maksimum skrinnya pula boleh mencapai pada 1300 nits.
Di dalamnya pula disediakan cipset MediaTek Helio G99 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Turut disediakan RAM maya yang boleh ditambah dari storannya sebanyak 8GB.
Untuk baterinya pula, telefon pintar ini hadir dengan kapasiti 4,600mAh yang menyokong pengecasan sehingga 66W. Menurut vivo, sokongan ini membolehkan ia dicaskan sehingga separuh kapasiti dalam tempoh 19 minit sahaja. Telefon pintar baharu keluaran vivo ini juga menggunakan antaramuka Funtouch OS 13 yang berasaskan Android 13.
Pada bahagian belakang telefon pintar ini disediakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 64MP, serta kamera berkedalaman dan makro masing-masing 2MP. Bersebelahan dengan modul-modul kamea berkenaan, vivo V27e menempatkan lampu LED Aura Light Portrait. Di hadapannya pula disediakan sebuah kamera 32MP.
Harga yang ditawarkan untuk vivo V27e di Malaysia adalah pada RM1,299 dan boleh didapati bermula dari hari ini. Untuk pembelian yang dilakukan bermula dari 4 Mac sehingga 3 April ini, anda akan menerima cenderahati percuma bernilai RM666.
Antara yang diterima menerusinya, tag pintar bernilai RM69, pembesar suara Bluetooth bernilai RM99, waranti lanjutan setahun dan perlindungan skrin satu tahun.
Anda boleh mendapatkan vivo V27e secara dalam talian menerusi: