Vivo X60 Malaysia

Vivo Malaysia telah menlancarkan siri telefon pintar X60 baharu yang mensasarkan pada kualiti fotografi. X60 dan X60 Pro merupakan telefon pintar Vivo pertama yang menampilkan sistem kamera yang dibangunkan dengan kejuruteraan bersama Zeiss.

Harga Vivo X60 dan Vivo X60 Pro di Malaysia

Berikut adalah harga bagi Vivo X60 dan Vivo X60 Pro di pasaran tempatan:

  • Vivo X60 5G – RAM 12GB + storan 256GB – RM2,699
  • Vivo X60 Pro 5G – RAM 12GB + storan 256GB – RM3,299

Vivo X60 Harga MalaysiaKedua-dua peranti ini boleh didapati dengan pilihan warna Midnight Black dan Shimmer Blue, serta pra-tempahannya di buka bermula dari 22 hingga 26 Mac 2021. Bagi anda yang melakukannya di kedai konsep Vivo, anda akan menerima Protection Plus yang menyertakan waranti tambahan 1-tahun dan perlindungan skrin retak 1-tahun untuk kedua-dua model.

Selain itu, pra-tempahan X60 turut menerima satu bekas pelapik telefon dan pemacu USB. Manakala X60 Pro pula menerima sebuah beg bagasi.Vivo X60 Pratempahan

Bagi anda yang melakukan pratempahan melalui Lazada dan Shopee, anda turut menerima pakej Protection Plus yang menyertakan waranti tambahan 1-tahun dan perlindungan skrin retak 1-tahun untuk kedua-dua model.Vivo X60 Pratempahan Shopee

Untuk pratempahan X60, anda turut menerima Kotak Cenderahati Premium X60 yang mengandungi bekas pelapik telefon dan pemacu USB serta jam tangan pintar X8. Manakala untuk X60 Pro, pratempahan di Lazada dan Shopee akan ditawarkan dengan jam tangan pintar X8 dan beg bagasi.

Spesifikasi perkakasan Vivo X60 dan Vivo X60 Pro

Ciri spesfikasi Vivo X60 dan Vivo X60 Pro adalah hampir sama, cuma dibezakan pada beberapa bahagian. Kedua-duanya mempunyai paparan AMOLED HD Penuh 6.56-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz.

Bagaimanapun, model standard hanya menerima paparan rata, manakala model Pro menggunakan skrin dwi-lengkungan.

Kedua-duanya juga menggunakan cipset Snapdragon 870 dan didatangkan dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

Untuk fotografi, telefon pintar X60 menampilkan kamera utama 48MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 13MP dan sebuah kamera potret 13MP yang menawarkan zum optikal 2x.

X60 Pro juga mempunyai kamera utama 48MP, namun mempunyai sistem penstabilan seakan-akan gimbal bagi menyampaikan imej yang lebih pegun. Ianya turut menggandingkan sebuah kamera potret 13MP dengan zum optikal 2x dan kamera ultra-lebar 13MP.

Kamera swafoto kedua-dua model ini menyediakan sebuah kamera 32MP di sebelah hadapannya.

Menariknya, bateri bagi X60 adalah sedikit besar iaitu 4,300mAh, manakala X60 Pro pula sedikit kecil iaitu pada 4,200mAh. Kedua-dua model Vivo X60 ini juga menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Siri telefon pintar X60 menggunakan antaramuka FunTouch OS 11.1 yang berasaskan Android 11.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.