Utama PRNewswire UltiMaker Melancarkan Pencetak 3D Method XL untuk Menghasilkan Ketepatan dan Kepersisan dalam...

UltiMaker Melancarkan Pencetak 3D Method XL untuk Menghasilkan Ketepatan dan Kepersisan dalam Penggunaan Kejuruteraan yang Tiada Tandingan

25
0
UltiMaker Melancarkan Pencetak 3D Method XL untuk Menghasilkan Ketepatan dan Kepersisan dalam Penggunaan Kejuruteraan yang Tiada Tandingan
Dengan kebuk binaan kawalan suhu panas dan plat binaan panas, Method XL baharu direka cipta untuk mencetak komponen pengeluaran yang besar dengan ABS gred pembuatan 

NEW YORK dan UTRECHT, Belanda, 23 Mei 2023 /PRNewswire/ — UltiMaker, peneraju global dalam bidang pencetakan 3D, hari ini mengumumkan pelancaran Method XL, penyelesaian pencetakan 3D yang unggul untuk kegunaan kejuruteraan yang menawarkan pencetakan kepersisan dengan bahan gred industri tanpa mengubah saiz komponen. Pencetak 3D Method™ XL UltiMaker® direka untuk menyampaikan ketepatan dan prestasi pengeluaran perindustrian yang tinggi di samping memberikan fleksibiliti dan dengan kos pencetak 3D desktop yang mampu dimiliki.

UltiMaker Melancarkan Pencetak 3D Method XL untuk Menghasilkan Ketepatan dan Kepersisan dalam Penggunaan Kejuruteraan yang Tiada Tandingan

 

Pencetak keluaran terkini daripada tawaran profesional UltiMaker ini merapatkan jurang antara pencetak 3D desktop dengan pencetak perindustrian dengan memberikan gabungan kebolehcapaian dan prestasi yang sempurna. Dengan volum binaan 305 mm x 305 mm x 320 mm yang luas dan ketepatan dimensi ± 0.2 mm[1], ia membolehkan pelanggan menangani projek yang besar—daripada prototaip fungsi hingga komponen kegunaan akhir.

Method XL direka untuk menghasilkan komponen yang besar dan kompleks serta tahan lama menggunakan bahan gred industri seperti Gentian Karbon ABS-R dan ABS. Kebuk panas yang boleh mencapai suhu sehingga 100°C ini direka bentuk untuk memberikan hasil yang optimum apabila mencetak dengan ABS, salah satu bahan yang paling popular dan mencabar untuk cetakan yang berjaya pada pencetak 3D desktop kerana kecenderungannya untuk meleding dan berubah bentuk. Produk baharu dalam siri Method ialah plat binaan panas Method XL sebagai bonus untuk para pelanggan yang mahukan lapisan keselamatan tambahan bagi mengelakkan masalah gelendong dan lekatan lapisan. Kedua-dua plat binaan panas dan kebuk binaan kawalan suhu panas bergabung untuk mewujudkan persekitaran yang stabil bagi mencetak komponen dengan tepat dan kukuh dalam sebarang saiz.

“Misi UltiMaker adalah untuk meningkatkan penerimagunaan pencetakan 3D dalam sektor pembuatan. Kami melihat bahawa terdapat kekurangan keupayaan di peringkat pengeluaran industri bagi pencetak 3D yang lebih mudah diakses dan mudah digunakan,” kata Nadav Goshen, Ketua Pegawai Eksekutif UltiMaker. “Dengan Method XL, kami percaya bahawa kami menyediakan para pelanggan dengan penyelesaian pencetakan 3D terbaik di pasaran untuk kegunaan kejuruteraan. Method XL ialah satu-satunya pencetak 3D dalam kalangan harganya yang mempunyai kebuk panas dan plat binaan panas untuk mencetak komponen yang besar dengan tepat menggunakan plastik pembentukan suntikan seperti ABS. Dengan keupayaan untuk mencetak komponen yang lebih besar, pelanggan akan dapat mencapai output dan kecekapan yang lebih baik, menjadikan Method XL pilihan yang sangat bagus bagi mereka yang ingin meningkatkan percetakan 3D ke tahap yang lebih tinggi.”

Dengan volum binaan yang luas, ketepatan dimensi yang tinggi, kebuk binaan panas dan plat binaan panas, Method XL mampu mencetak plastik pengeluaran pada kos yang lebih rendah berbanding kos mesin perindustrian dan dengan kemudahan yang sama seperti pencetak 3D desktop. Jika digabungkan dengan RapidRinse™ iaitu sejenis bahan sokongan yang cepat larut dalam air, Method XL menjadikan proses pencetakan dengan ABS lebih mudah dan lancar. RapidRinse mendayakan salah satu penyingkiran sokongan yang terpantas untuk komponen FDM yang kompleks lalu menghasilkan kemasan permukaan yang lebih halus. Untuk fail CAD yang lancar hingga aliran kerja komponen bercetak, Method XL disegerakkan terus dengan perisian CloudPrint™, membolehkan pelanggan memuat naik, memantau dan menjejaki kerja-kerja pencetakan mereka dengan mudah daripada penyemak imbas web. 

Method XL memperluas potensi dengan keserasiannya pada pelbagai jenis bahan gred industri melalui platform bahan terbuka dan Penyemperit Eksperimen LABS. Bahan yang tersedia melalui program LABS pada masa ini termasuk Jabil SEBS, sejenis bahan lembut dengan ciri yang fleksibel seperti getah; Polymaker PolyMax™ PC, bahan polikarbonat yang menggabungkan kekuatan, keteguhan dan rintangan haba serta LEHVOSS PAHT 9891, nilon gentian karbon diperkukuh yang mampu menahan suhu tinggi. Method XL juga menawarkan bekas untuk bahan kawalan kelembapan luaran yang dapat memastikan prestasi puncak daripada bahan gred profesional. Pencetak ini dilengkapi dengan penapis HEPA dan penapis aktif karbon untuk pencetakan 3D dalaman yang lebih selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ultimaker.com/methodxl.

Tentang UltiMaker
UltiMaker ialah peneraju global dalam pencetakan 3D dengan tumpuan untuk mencorakkan masa depan pembuatan dan pembangunan produk. Dengan pelbagai penyelesaian pencetakan 3D yang canggih, termasuk siri S dan Method yang popular, serta portfolio bahan pencetakan 3D yang luas, UltiMaker sedang merintis laluan inovasi di seluruh industri. Sebagai sebahagian daripada dedikasinya untuk memajukan pendidikan, UltiMaker juga menawarkan siri subjenama MakerBot dan Sketch yang menyediakan salah satu ekosistem percetakan 3D paling komprehensif untuk pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan fokus terhadap kebolehpercayaan, ketepatan dan inovasi, UltiMaker memperkasakan pelanggan untuk melangkaui batas kemungkinan. Ketahui lebih lanjut di www.ultimaker.com.

Ultimaker ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar UltiMaker Holding B.V. MakerBot, CloudPrint manakala RapidRinse merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar MakerBot Industries, LLC. Semua tanda dagangan yang lain merupakan hak milik pemilik masing-masing.

[1] ± 0.2 mm atau ± 0.002 mm bagi setiap mm perjalanan (mana-mana yang lebih besar). Berdasarkan ujian dalaman geometri terpilih.

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2080745/UltiMaker_1.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2067704/UltiMaker_Logo.jpg

UltiMaker Logo

 

Artikel sebelum iniPasukan Hollywood dan pembuat filem China bekerjasama untuk membina hab baharu industri filem antara Greater Bay Area(GBA) dan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN
Artikel seterusnyaEV Group dan Dymek Company Membentuk Syarikat Usaha Sama di Malaysia untuk Meningkatkan Sokongan Pelanggan Serantau
Terus dari meja pengarang berita Harian Teknologi. Akhbar teknologi nombor 1 di Malaysia!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.