Utama Android Samsung Ulasan Samsung Galaxy A32 5G

Ulasan Samsung Galaxy A32 5G

582
0

Samsung Galaxy A32 merupakan model telefon pintar antara paling berharga mampu milik di kalangan siri Samsung Galaxy A terkini.

Sesetengah orang mungkin cenderung untuk berhabis mendapatkan telefon pintar mercu. Tetapi pada masa yang sama ada juga sesetengah pengguna yang tidak kisah apa model telefon sekalipun asalkan murah.

Apa jua pilihan, masing-masing mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri atas sebab individu. Untuk siri Galaxy A32 ini, ia mempunyai kekuatannya yang tersendiri dari segi harga dan juga penawarannya.

Samsung Galaxy A32 5G dan Samsung Galaxy A32 LTE

Sebelum saya memulakan ulasan saya dengan lebih lanjut, ingin saya jelaskan Samsung menawarkan dua variasi bagi Galaxy A32 iaitu 5G dan LTE. Kedua-dua variasi ini menawarkan perbezaan yang ketara iaitu cipset, kamera dan paparannya.

Samsung Galaxy A32 5GSamsung Galaxy A32 LTE
CipsetMediaTek MT6853 Dimensity 720 5GMediaTek Helio G80
RAM8GB
Storan dalaman128GB
Kamera48 MP, f/1.8, 26mm (lebar), 1/2.0″, 0.8µm, PDAF64 MP, f/1.8, 26mm (lebar), PDAF
8 MP, f/2.2, 123˚, (ultra-lebar), 1/4.0″, 1.12µm8 MP, f/2.2, 123˚, (ultra-lebar), 1/4.0″, 1.12µm
5 MP, f/2.4, (makro)5 MP, f/2.4, (makro)
2 MP, f/2.4, (berkedalaman)5 MP, f/2.4, (berkedalaman)
Paparan6.5 inci6.4 inci
720 x 1600 IPS LCD 60Hz1080 x 2400 Super AMOLED 90Hz
Bateri5000mAh
HargaRM1,199RM1,099

Bagi memenuhi keperluan keupayaan 5G, Samsung telah memilih menggunakan cipset yang lebih berkuasa dan terkini bagi variasi 5G siri Galaxy A32 ini.

Oleh yang demikian, pengurangan spesifikasi iaitu pada paparan dan kameranya perlu dilakukan bagi mengekalkan harga kompetitifnya. Justeru, resolusi paparan dan kamera bagi variasi 5G ini adalah lebih rendah berbanding variasi LTE.

Paparan Samsung Galaxy A32 5G

Saat saya mula menghidupkan telefon pintar ini, saya mendapati paparan pada skrinnya adalah elok sahaja. Warnanya kelihatan sederhana sahaja walaupun tidaklah begitu terang sangat.

Hal ini adalah disebabkan penggunaan panel LCD standard dan paparannya yang beresolusi 720p. Sebagai perbandingan, versi LTE menggunakan paparan Super AMOLED 90Hz beresolusi 1080p.Samsung Galaxy A32 5G Home Screen

Memang agak besar bezanya jika kedua-dua variasi model ini diletakkan secara bersebelahan. Tapi, ‘pengorbanan’ sebegini diperlukan untuk mendapatkan sokongan rangkaian 5G.

Kamera Samsung Galaxy A32 5G

Kamera utama 48MP yang ditempatkan pada bahagian belakang A32 5G ini sepatutnya tidak begitu besar perbezaannya dengan A32 LTE yang menggunakan 64MP.

Kualiti pemprosesan imej ini lebih bergantung pada Pemprosesan Isyarat Imej (ISP) cipset yang digunakan. Imejan yang dihasilkan oleh cipset MT6853 Dimensity 720 yang lebih baharu ini sepatutnya lebih baik berbanding Helio G80.

Fungsi fokus auto kamera utamanya boleh dikirakan agak pantas dan mampu mengambil gambar dengan baik di bawah keadaan pencerahan biasa. Ini merupakan gambar-gambar contoh yang diambil menggunakan kamera Galaxy A32 5G.

This slideshow requires JavaScript.

Keseluruhannya, pada saya tetapan kuad-kamera A32 5G ini sudah memadai bagi kegunaan harian. Kamera-kamera yang disediakan terdiri daripada kamera utama 48MP f/1.8, kamera ultra-lebar 8MP f/2.2, kamera makro 5MP f/2.4 dan kamera berkedalaman 2MP f/2.4.

Tidak ketinggalan, sebuah kamera swafoto 13MP f/2.2 turut disertakan pada sebelah hadapannya.

Prestasi dan jangka hayat bateri Samsung Galaxy A32 5G

Sesuai dengan harganya, anda tidak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap cipset MediaTek MT6853 Dimensity 720. Kuasa pemprosesannya adalah memadai bagi kegunaan harian termasuk media sosial dan kandungan dalam talian lain.

Sekali-sekala kita akan berhadapan sedikit sentakan (stuttering) apabila penggunaan kuasa pemprosesannya menjadi terlalu tinggi. Secara amnya, jika anda tidak menggunakannya untuk tujuan permua secara berterusan, ianya tidak akan menimbulkan masalah. Berbanding Helio G80, cipset Mediatek Dimensity ini menyediakan prestasi 30% lebih baik.

Memandangkan cipset ini amat cekap penggunaan tenaganya, baterinya mampu bertahan untuk sehari dua penggunaan. Ini ditambah lagi dengan kapasiti baterinya yang besar iaitu 5,000mAh.

Perisian untuk Samsung Galaxy A32 5G

Antara sebab utama yang boleh dipertimbangkan apabila memilih Samsung dan jenama telefon pintar lain dari China adalah perisiannya.

Memang anda boleh mendapatkan peranti berspesifikasi lebih tinggi pada harga yang sama dengan peranti Samsung. Tetapi, perisian Samsung tidak didatangkan bersama-sama iklan seperti sesetengah jenama telefon pintar lain. Bagi anda yang tidak kisah tentang iklan-iklan pada perisian telefon pintar anda, itu adalah terpulang pada citarasa masing-masing.

Selain itu, ciri keselamatan dan privasi pada siri telefon pintar ini juga telah dipertingkatkan melalui Samsung Knox. Keselamatan data peribadi dan privasi pengguna amat mustahak bagi melindungi pengguna dari sebarang anasir yang berniat jahat.

Samsung Galaxy A32 5G juga menyediakan fungsi yang dinamakan sebagai ‘Dual Messenger’. Fungsi ini boleh digunakan bagi pengguna yang mempunyai lebih dari satu akaun media sosial. Bagaimanapun, hanya empat aplikasi sahaja yang menyokong penggunaan fungsi ini iaitu WhatsApp, Facebook, Telegram dan Messenger.

Antaramuka OneUI 3.1 berasaskan Android 11 menawarkan pengalaman kepenggunaan yang lancar dengan sejumlah optimasi bagi tujuan penambahbaikan. Samsung A32 5G juga menyokong kaedah pembayaran melalui SamsungPay yang amat membantu dalam usaha ke arah pembayaran nirtunai di Malaysia.

Kesimpulan

Prestasi Samsung Galaxy A32 5G tidak dapat ditunjukkan sepenuhnya memandangkan negara kita masih lagi belum bersedia dengan teknologi 5G.

Secara kesleuruhannya, ia merupakan telefon pintar yang elok walaupun terdapat beberapa kekurangan dari variasi A32 LTE. Terutamanya dari segi resolusi paparan dan kameranya.

Walaupun berkeupayaan 5G, sokongan ini tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam keadaan teknologi 5G Malaysia yang masih lagi belum disediakan untuk kegunaan umum.

Bagi anda yang sedang-sedang berkira-kira untuk mendapatkan telefon pintar baharu dengan bajet sekitar RM1,000, anda mungkin boleh mempertimbangkan Samsung Galaxy A32, baik variasi 5G atau LTE.

Samsung Galaxy A32 LTE bagus untuk anda yang mementingkan kepuasan menggunakan paparan beresolusi tinggi. Manakala Samsung Galaxy A32 5G pula, bagus untuk anda yang ingin menjadi antara perintis teknologi 5G di Malaysia kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.