Utama Automotif Bersiap Sedia untuk Diagnosis Kenderaan Terkini Anda dengan Ujian Darah Kenderaan oleh...

Bersiap Sedia untuk Diagnosis Kenderaan Terkini Anda dengan Ujian Darah Kenderaan oleh Automotive Synergy

38
0

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2024 – Diagnostik kenderaan telah mengalami kemajuan besar dari zaman di mana mekanik mengenal pasti masalah dengan memeriksa enjin secara manual atau berdasarkan intuisi semata-mata.Pada masa kini, peralatan yang canggih mampu menyediakan data yang tepat dan secara langsung mengenalpasti prestasi dan keadaan kenderaan hanya melalui ujian minyak diagnostik yang mudah.

Malah, satu kaedah sedemikian telah pun menjadi realiti oleh sebuah syarikat yang terkenal dengan  penjagaan automotif dan sistem navigasi yang terkini iaitu Automotive Synergy. Ujian darah pertama di dunia untuk kenderaan ini, dengan kadar ketepatan kira-kira 99% adalah pilihan diagnostik kenderaan yang pantas, kos efektif, dan telus untuk pengguna automotif dan industri secara keseluruhan. Hal ini memberikan manfaat yang baik sekiranya kita mengambil kira kenaikan cukai perkhidmatan yang akan datang terutamanya kepada bengkel kecil dan pemilik kereta terpakai di Malaysia.

Pasaran penjagaan automotif dan jualan kereta terpakai di Malaysia telah lama kekurangan ketelusan yang sewajarnya dalam perkhidmatannya, berikutan pelbagai kes termasuk pengubahsuaian kereta terpakai dan bengkel yang gagal memenuhi keperluan undang-undang.

Untuk menangani isu ini, Automotive Synergy telah memperkenalkan MotorCheckUp, perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia. Melalui MotorCheckUp, sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat yang tepat mengenai keadaan kenderaan mereka tanpa membebankan kewangan. Perkhidmatan ini menyediakan alternatif yang telus dan boleh dipercayai bagi pengguna automotif, sekaligus meningkatkan tahap keyakinan dan keselamatan dalam industri.

Direka khas dari Jerman, MotorCheckUp membolehkan analisis dalaman penuh ke atas enjin, kotak gear, brek, dan stereng kuasa hanya dengan satu titis cecair daripada setiap bahagian yang berkenaan. Setiap sampel cecair akan didepositkan ke atas kertas ujian yang mempunyai kod QR unik yang menjamin hasil ujian spesifik boleh diperoleh pada bila-bila masa diperlukan. Setelah sampel cecair dihantar, Motor CheckUp menjalankan analisis elektronik menggunakan program iDiA dan menghasilkan laporan komprehensif dalam masa 2 minit.

Bengkel yang menawarkan perkhidmatan MotorCheckUp memberi kemudahan kepada para pelanggan untuk mengenalpasti keadaan sebenar kenderaan mereka sebelum melabur dalam penyelenggaraan atau pembaikan. Tambahan pula, peniaga kereta terpakai dapat memastikan pelanggan mereka menerima kenderaan yang berfungsi sepenuhnya sebelum pembelian serta  memastikan ketelusan dan kepercayaan untuk pelanggan serta penyedia perkhidmatan.

“Matlamat kami adalah untuk memupuk kepercayaan dalam sektor penjagaan automotif dan pengedar jualan kereta. Bengkel dan peniaga yang tidak beretika telah mencemarkan reputasi industri ini. Bukan sesuatu yang luar biasa untuk kita dengari pelanggan sentiasa mengadu tentang kes penipuan semasa perkhidmatan. Kami ingin menyediakan MotorCheckUp di mana-mana supaya pemilik kenderaan bukan sahaja dapat memahami kenderaan mereka dengan lebih baik, tetapi juga memastikan lebih banyak bengkel dan peniaga menyediakan perkhidmatan yang beretika,” kata Ian Sia, Pengasas Automotive Synergy

Selain itu, Motor CheckUp bukan hanya boleh digunakan untuk kebanyakan kenderaan bermotor tetapi juga boleh diaplikasikan untuk jentera dalam industri lain seperti pertanian, perhutanan, perkapalan, dan banyak lagi. Kod QR unik pada semua kit ujian juga membolehkan penyimpanan rekod secara kekal untuk rujukan dan tujuan penyelenggaraan masa hadapan.

Ditubuhkan dua dekad yang lalu, Automotive Synergy mula beroperasi dalam bidang sistem navigasi satelit sebelum merentasi industri automotif. Sejak itu, syarikat telah menerima pengiktirafan antarabangsa dengan menerima anugerah bergengsi daripada Frost & Sullivan. Automotive Synergy telah berjaya membangunkan pasaran eksport penting di India, Filipina, Indonesia, Hong Kong, Amerika Syarikat, Jepun, New Zealand, dan Timur Tengah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Automotive Synergy dan rangkaian komprehensif inovatifnya, sila layari laman web rasmi mereka di https://www.automotivesynergy.com/.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.