Utama Mobile U Mobile tawar internet asas, 1GB data berkelajuan tinggi dan Panggilan Percuma...

U Mobile tawar internet asas, 1GB data berkelajuan tinggi dan Panggilan Percuma untuk pelan Prabayar Power Prepaid

1636
39

U Mobile memperkenalkan pek prabayar baharu yang menawarkan internet asas percuma, internet berkelajuan tinggi percuma pada setiap bulan, minit panggilan percuma serta banyak lagi.

Terdahulu, Maxis telah memulakan internet asas percuma melalui pek prabayar #Hotlink mereka, diikuti oleh Magic SIM dari Celcom, disusuli pula oleh Digi Smart Prepaid dan kini tiba giliran U Mobile. Bagaimanapun, penawaran baharu dari U Mobile ini telah menghapuskan bayaran kadar penggunaan data secara pay-per-use serta 1 GB internet berkelajuan tinggi pada setiap bulan untuk selama-lama-lama-lamanya.UMobile Power1

Pek permulaan Power Prepaid dari U Mobile ini dijual pada harga RM8.50 termasuk 6% GST. Setiap pek akan disertakan bersama kredit RM 5, internet asas percuma, 200 MB internet berkelajuan tinggi percuma dan panggilan percuma 150 minit yang kesemuanya sah untuk tempoh 10 hari.

Bukan itu sahaja, U Mobile meneruskan tawaran kadar panggilan terendah menerusi pek prabayar baharu ini dengan kadar panggilan ke seluruh rangkaian pada 5 sen untuk setiap 30 saat, atau bersamaan 10sen/min. Malah, 450 minit turut diberikan secara percuma setiap bulan untuk panggilan nombor-nombor U Mobile.UMobile Power2

Sudah tentu pakej menarik ini hadir bersama dengan terma dan syarat-syarat tertentu. Untuk menikmati 1 GB internet berkelajuan tinggi percuma setiap bulan, anda perlu menambah nilai minima RM 10 pada setiap bulan. Pengguna masih boleh lagi melayari internet setelah kehabisan kuota pada kelajuan asas.

Selain itu, pengguna juga perlu memastikan akaun prabayar mereka aktif untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Justeru, pengguna perlu menambah nilai sebanyak RM 30 pada setiap bulan jika ingin kekal aktif.UMobile Power3

Pelan internet U Mobile sedia ada (UMI) masih lagi kekal sama dengan pakej U20, U25, U30, U38 dan U50 dengan kadar-kadar internet berkelajuan tinggi dan panggilan percuma masing-masing.

Bagaimanapun, tawaran data percuma 1GB sepanjang hayat ini terhad sehingga 31 Disember 2015.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di U Mobile

39 KOMEN

  1. mana satu yg paling best ni?
    ini pakej lama ke?
    nampak mcm ada beza skt.
    yg pakej baru telco x yg nama turbo tu tak ade pun sebut sini
    dengar pakej tu ada byk bg data internet percuma.

  2. Xpax Turbo ni macam sama je dengan magic sim. Ada burung hantu, ada yonder music. Magic sim pun dulu ada jugak semua tu. Tukar nama je ke? Ke plan dulu tak laku so kasi tak nampak sikit launched plan baru berturbo-turbo macam ni. Marketing semua ni.

    • Mana sama sangat laa sebab aku tengok xpax turbo ni bagi 10% off bila topup kat 11street apps. Aku rasa plan ni je yang ada promotion macam ni. Burung hantu dia pun ada limit 333MB per day. Lain kan tu sebab ada telco yang tak set limit pon internet burung hantu.

    • tapi turbo ni mcm lg best dpd sim burung hantu dulu.
      dulu kena bayar, skrg turbo ni bg percuma 10gb data internet.
      waktu boleh pakai mcm burung hantu dulu dari pukul 1am hingga 7am.

  3. Celcom x Pax Turbo ni memang baru di lancarkan…yang best ada free internet untuk yang berjaga malam lah dari pukul 1pg hingga 7 pagi..Celcom bagi sampai 10gb tu free internet…kalau nak beli kat 11 street hanya perlu daftar kat website 11street tu dan dah boleh beli ..nanti 11street akan courier..

  4. Yang bestnya Celcom Turbo ni dia ada panggilan tanpa had dengan talian celcom yang lain…tu yang jimat…untuk saya yang memang suka buat panggilan memang sesuai kalau saya ambil plan macam ni.

  5. Saya seorang pengguna internet yang memerlukan banyak quoata..saya masih tercari cari lagi plan internet mana yang bagus.. kebanyakan telco yang ada kat malaysia ni boleh dikatakan semua bagus

      • X-Pax ni memang bagus. Apa yang saya tahu bila anda melanggan celcom Xpax ni, anda akan dapat 333MB setiap ari. kalau sebulan dlm 30GB. Yang ni free tak payah bayar bila kita beli pack Xpax bernilai RM10. Dalam pack tu ada lagi kredit tambahan RM6, percuma lagi 500MB untuk social chat dan tambahan 200MB lagi free internet dengan kelajuan tinggi

    • celcom xpax bagus2. mula2 dulu lah line agak xbtol sikit rupanya dia tgh upgrade tower dia. sekrg kat kampung pun i boleh tgk movie malam2. hihihi

    • Byk dah kaki youtube…. Hahaha.. Bdk2 skg pun kaki youtube. x tengok tv dah. Dah tukar postpaid?Aku tengah fikir nk x… Kerana dah guna boost app tu utk prepaid je..

  6. Rangkaian telco ni masing-masing ada kelebihan yang tersendiri. Masing-masing ingin bersaing untuk memberi perkhidmatan yang terbaik pada pengguna. sebagai pengguna harus bijak buat keputusan

    • betul… Sokong. Tapi skrg in.. Kena pandai.. Bukan senang aja…. selalu ada plan baru.. rasa nk tukar.. Tapi plan skrg mahal juga.. Kalau guna sikit rasa x best…kerana bayar sama saja bukan ke?

  7. Boost up tu app yg baru keluar tu kan aku guna main game senang weii nak topup ke apa. Aku main dota tak ada interrupt sngt sbb kredit laju je habih duk beli game items.

    • Boleh laa beli topup kalau duk tengah2 main game pastu kredit habis ke luput tarikh ke. Topup je guna boost app tu tak ade laa kena g kedai. Kalau aku malas laa nak g kedai beli topup. Online je semua sekarang.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.