Utama Telco U Mobile U Mobile bekerjasama dengan Astro dan Grab Malaysia bagi melancarkan Bas 5G...

U Mobile bekerjasama dengan Astro dan Grab Malaysia bagi melancarkan Bas 5G Pertama Sabah bersempena Sambutan ‘Cara U Sabah: Kaamatan’

93
0

U Mobile dengan kerjasama Astro dan Grab Malaysia, menambahkan kemeriahan sambutan Kaamatan dengan menganjurkan Cara U Sabah: Kaamatan dari 27 Mei hingga 31 Mei 2024. Cara U Sabah: Kaamatan diadakan bersebelahan dengan Persatuan Kebudayaan Kadazan-Dusun (KDCA), lokasi di mana sambutan rasmi Kaamatan diadakan.

Untuk meningkatkan pengalaman semua pengunjung festival Kaamatan, U Mobile juga melancarkan Bas 5G pertama di Sabah, yang akan menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma dari Imago Mall ke KDCA, dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Dikuasakan oleh rangkaian 5G U Mobile yang tiada tandingan, bas 5G dua tingkat ini membolehkan pengunjung festival menikmati 5G ultra pantas U Mobile sepanjang perjalanan serta aktiviti seperti permainan VR, karaoke, persembahan busker secara langsung, serta Dinding #OOTD yang terang benderang.

Pengunjung festival yang mengambil gambar dengan Dinding #OOTD di dalam Bas 5G dan memuat naiknya ke akaun Instagram atau TikTok mereka berpeluang memenangi hadiah seperti telefon pintar 5G dan earbud. Pengunjung festival boleh kekal di atas Bas 5G untuk beberapa perjalanan bagi menikmati pelbagai pengalaman yang ditawarkan.

Pengunjung festival akan diturunkan di Cara U Sabah: Kaamatan, di mana lebih banyak aktiviti menarik menanti. U Mobile turut menyediakan 2,000 hadiah bagi acara tersebut, termasuk telefon pintar 5G, earbud, baucar Grab, popcorn, dan gula-gula kapas. Terdapat juga peluang untuk bertemu dengan personaliti ERA Sabah, ratu cantik dan pencipta kandungan, sementara Grab Malaysia pula akan mengadakan gerai GrabFood 5 bintang di acara tersebut untuk menambah kemeriahan.

Cara U Sabah: Kaamatan merupakan rentetan dari pelancaran kedai U Mobile pertama di Malaysia Timur yang terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, dan kejayaan Cara U Sabah Fest, sebuah festival tiga hari yang mempamerkan budaya dan bakat Sabah yang kaya. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan U Mobile untuk mengembangkan jenama dan kehadiran rangkaian di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cara U Sabah: Kaamatan dan Bas 5G pertama, lawati halaman Facebook Event rasmi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.