Tesla tidak lagi menyertakan kabel pengecas mudah alihnuya bagi pembelian kereta baharu keluarannya. Set Gen 2 (Level 1) ini akan dijual secara berasingan pada harga yang lebih rendah dari sebelumnya iaitu $200 (~RM849).
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk telah mengesahkan perkara ini menerusi untaian di Twitter beliau. Set kabel penyambung mudah alih (Mobile Connector) ini didatangkan dengan satu adapter yang membolehkan pengguna mengecas kereta dari soket elektrik biasa di rumah. Bagaimanapun, adapter jenis-jenis lain dijual secara berasingan.
Malam minggu yang lalu, seorang pengguna Twitter @Tesla_Adri mendapati Tesla telah mengemaskini halaman sokongannya dengan menyatakan set kabel pemnyambung mudah alih tidak lagi disediakan bersama-sama kereta. Sebelum ini, aksesori berkenaan disenaraikan bersama-sama kenderaan yang dibeli tersebut.
Based on feedback received, we will drop mobile connector price to $200 & make it easy to order with car.
Note, mobile connector is not needed if you have a Tesla wall connector or to use Superchargers.
Recommend installing Tesla wall connector well before car arrives.
— Elon Musk (@elonmusk) April 17, 2022
Bagi menjawab maklumbalas dari pengguna tersebut, Elon Musk mengesahkan pihak syarikatnya tidak lagi menyertakan set penyambungan mudah alih Gen 2 untuk kereta yang baru dibeli. Buat masa ini aksesori set pengecas berkenaan dinyatakan telah kehabisan stok di laman web Tesla. Tidak dapat dipastikan sama ada ketiadaan stok ini dan keputusan terkini oleh Tesla ini berpunca daripada masalah kekurangan bekalan komponen kebelakangan ini.
Rata-rata pengguna dan peminat kenderaan elektrik memberikan reaksi bercampur-baur berkenaan langkah yang diambil oleh Tesla ini. Ada yang menyambut baik kerana berpendapat ia jarang digunakan. Namun, ada sebahagian pengguna lagi merasakan aksesori berkenaan pentingĀ bagi pengguna yang kerap bergerak ke tempat-tempat jauh.
Sebelum ini pada tahun 2020, Apple telah menjadi syarikat pertama yang tidak menyertakan pengecas pada perantinya melalui iPhone keluaran tersebut. Langkah tersebut kemudiannya diikuti oleh Samsung dan juga Google. Tidak dapat dipastikan sama ada langkah dari Tesla ini akan diikuti oleh pengeluar-pengeluar kenderaan elektrik (EV) yang lain.













