Utama Mobile Aplikasi Tengku Zafrul: Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 diawalkan ke Hari ini,...

Tengku Zafrul: Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 diawalkan ke Hari ini, 18 April 2022

491
0
Pengeluaran-Khas-KWSP-RM10k-18-April

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula membuat pembayaran bagi pengeluaran khas RM10,000 pada hari ini, 18 April 2022. Tarikh ini telah diawalkan dari tarikh asalnya iaitu 20 April 2022.

Beliau memaklumkan telah menerima permintaan dari majoriti rakyat Malaysia untuk mempercepatkan pengeluaran khas tersebut menerusi media sosial.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan rakyat Malaysia dibenarkan untuk membuat pengeluaran khas sehingga RM10,000 dari simpanan saraan masing-masing di KWSP.

Perdana Menteri turut menyatakan pihak kerajaan peka dan telah mengkaji dari segenap sudut. Permohonan pengeluaran khas KWSP ini telah mula dibuka sejak dari 1 April 2022.

Baru-baru ini KWSP melaporkan telah menerima sejumlah 5.3 juta permohonan bernilai RM40.1 billion di bawah Pengeluaran Khas setakat 14 April. Permohonan Pengeluaran Khas ini akan ditutup pada 30 April 2022.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.