Utama Automotif Tesla Cybertruck kini secara rasminya di Malaysia; Pameran Tertutup akan diadakan tidak...

Tesla Cybertruck kini secara rasminya di Malaysia; Pameran Tertutup akan diadakan tidak lama lagi

43
0

Tesla telah mengumumkan Cybertruck kini secara rasminya tiba di Malaysia dan trak pikap elektrik tersebut akan dipamerkan secara tertutup tidak lama lagi. Buat masa ini, tarikh kemunculannya secara umum masih lagi belum diketahui.

Pameran tertutup Cybertruck dijangka akan diadakan di tiga lokasi Tesla Experience Centre yang terletak di Cyberjaya, Pavilion Damansara Heights, dan Sunway Big Box.

Cybertruck pertama kali diumumkan pada 2019 dengan unit pertamanya dibina secara rasmi di kilang Tesla Giga Texas pada Julai 2023. Kelompok pertama jualan kenderaan tersebut mula dihantar kepada pelanggan pada November 2023.

Tesla akan membawakan dua versi Cybertruck ke Malaysia iaitu model Dual Motor All-Wheel Drive dan model Tri Motor All-Whell Drive Cyberbeast. Harga rasminya untuk pasaran Malaysia masih lagi belum diumumkan, namun berdasarkan harga di pasaran lain, model Duel Motor dijual pada harga US$79,990 (~RM380,192), dengan model Tri Motor Cyberbeast pula berharga US$99,990 (~RM475,252).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.