Utama Mobile Android Telefon Pintar Neffos X9 hadir ke Malaysia, harga bermula dari RM599

Telefon Pintar Neffos X9 hadir ke Malaysia, harga bermula dari RM599

2070
0

Neffos secara rasminya melancarkan telefon pintar model X9 ke Malaysia – sebuah telefon pintar mercu Neffos bagi tahun ini dan ianya disasarkan kepada segmen pasaran peringkat pertengahan.

Dari segi spesifikasi, X9 dilengkapi dengan chipset MediaTek MT6750, RAM sehingga 4GB, pilihan storan dalaman 32GB atau 64GB (boleh dipertingkatkan sehingga 128GB melalui kad mikroSD), bersama-sama bateri 3060mAh yang tidak boleh dialih keluar. Salah satu tumpuan utama X9 adalah pada paparan FullView HD+ IPS 5.99-inci dengan nisbah aspek 18:9, yang mana memberikan pengguna pengalaman paparan hampir nirbingkai.

Telefon pintar ini juga boleh dikatakan agak ringan pada 168g sahaja. Selain itu, telefon pintar yang dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo (antaramuka NFUI 8.1) ini juga mempunyai ketebalan sebanyak 7.95mm.

Untuk kamera, X9 menawarkan sistem dwi-kamera 13MP + 5MP bagi kamera utamanya dan 8MP pada kamera swafoto. Tidak ketinggalan, Neffos X9 turut hadir dengan penderia cap jari yang boleh digunakan untuk menyahkunci pada kadar kurang dari 1 saat. Lain-lain ciri yang ada pada telefon pintar ini termasuklah antenna Wi-Fi yang menyokong 802.11 a/b/g/n, Bluetooth 4.1 dan sokongan dwi-SIM.

Neffos X9 hadir dengan dua pilihan warna – hitam dan emas. Variasi X9 untuk 3GB/32GB kini sudah pun boleh diperolehi melalui wakil-wakil pengedar yang sah dan kedai-kedai atas talian pada harga bermula dari RM599. Bagi variasi 4GB/64GB pula, model berkenaan mula hadir ke pasaran Malaysia pada penghujung Ogos ini dengan harga saranan bermula dari RM799.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.