Utama Mobile Samsung mulakan pengeluaran skala besar DRAM LPDDR4 10nm Generasi Kedua untuk kegunaan...

Samsung mulakan pengeluaran skala besar DRAM LPDDR4 10nm Generasi Kedua untuk kegunaan Peranti Mudah Alih

1120
0

Samsung telah mula menjalankan operasi pengeluaran berskala besar bagi modul-modul DRAM LPDDR4 Generasi Kedua yang menggunakan proses pembuatan 10nm. Modul-modul berkenaan dijangka bakal dipasarkan sekitar penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun 2019.

Proses pembuatan terbaru berkenaan mampu menghasilkan kecekapan penggunaan tenaga pada kadar 10 peratus lebih rendah dengan pada masa yang sama masih lagi mengekalkan kadar pemindahan data 4266MB/s. Dijangkakan, peranti seperti Galaxy Note 9 atau telefon pintar mercu Galaxy S versi akan datang bakal memanfaatkan modul-modul terbaru ini.

Menurut Samsung, penggunaan empat chip 16Gb bagi keseluruhan 8GB RAM – seperti yang biasa didapati pada telefon-telefon pintar mercu – bakal menjimatkan ruang penggunaan telefon pintar sehingga 20 peratus berbanding dengan generasi pertama. Oleh yang demikian, penggunaan modul-modul ini nanti dapat menjadikan telefon-telefon pintar kelak lebih nipis.

Bagi memastikan bekalan dapat memenuhi permintaan, konglomerat gergasi Korea Selatan telah memulakan operasi pengeluaran DRAM di Pyeongtaek, Korea Selatan.

Samsung juga akan menggunakan proses pembuatan ini bagi menghasilkan DRAM premium keluarannya yang mensasarkan penggunaannya pada pelayan-pelayan.

Pada perkembangan lain, pembangunan chip LPDDR5 pula dilaporkan telah pun dimulakan yang mana ianya berkeupayaan melakukan kadar pemindahan data pada 6400MB/s. Proses pembuatan modul yang lebih baru ini akan menggunakan proses yang sama dengan LPDDR4.

Sumber berita diperoleh dari ZDNet

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.