Utama Android Nokia Tablet Nokia T20 kini di Malaysia pada harga RM1,099

Tablet Nokia T20 kini di Malaysia pada harga RM1,099

1140
0

Tidak lama selepas diacah menerusi halaman Instagram Nokia Mobile Malaysia, tablet Nokia T20 baharu kini secara rasminya di Malaysia. Sebagai makluman, model ini merupakan tablet berjenama Nokia pertama di bawah HMD Global yang bertanggungjawab untuk peranti-peranti mudah alih Nokia sejak 2016.

Tablet T20 ini merupakan tablet Android peringkat pemula yang dikuasakan oleh pemprosesan lapan teras Unisoc Tiger T610. Ia menampilkan paparan 10.4-inci dengan resolusi natif 2000 x 1200.

Di Malaysia, tablet dengan penarafan IP52 ini juga didatangkan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB.

Selain itu, T20 juga menampilkan kerangka aluminium bersama-sama kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP. Menurut HMD Global, baterinya berkapasiti 8,100mAh ini membolehkan ia digunakan untuk melayari laman web sehingga 15 jam atau main semula video selama 10 jam.

Untuk harganya, Nokia T20 boleh didapati pada harga RM1,099 menerusi laman jualan rasmi Nokia di Lazada dan Shopee. Bersempena pelancarannya ke pasaran tempatan, HMD Global turut menawarkan ‘flip cover’ secara percuma bernilai RM229 bagi setiap pembelian tablet ini sehingga stok masih ada.

Tinggalkan komentar