Utama Mobile Aplikasi PDRM dan JPJ lanjutkan tarikh tawaran Diskaun bayaran Saman

PDRM dan JPJ lanjutkan tarikh tawaran Diskaun bayaran Saman

Anda kini boleh membayar saman trafik PDRM pada harga diskaun sehingga 31 Disember, dan saman JPJ sehingga 15 Disember ini.

482
0

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada hari ini telah mengumumkan tarikh akhir diskaun 80% bayaran saman tertunggak akan dilanjutkan. Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan pengumuman yang sama.

Bagi anda yang mempunyai saman trafik PDRM, anda kini boleh mendapatkan diskaun bayaran saman berkenaan sehingga 31 Disember 2021. Selain dari membayar melalui kaunter bayaran saman trafik di IPK dan IPD di seluruh negara, anda juga boleh membayar saman melalui cara berikut iaitu:

Bagi saman JPJ pula, tarikh akhirnya adalah lebih dekat. Orang awam kini boleh membayar saman tertunggak JPJ pada harga disakun sehingga 15 September ini di ibu pejabat JPJ negeri atau cawangan-cawangannya dan cwangan UTC di seluruh negara.

Tawaran diskaun 80% ini ditawarkan bersempena acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvention Kuala Lumpur. Sambutan menggalakkan yang diterima telah menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup kaunter pembayarannya di dalam pameran acara tersebut. Selain itu, akses ke platform dalam talian seperti MyBayar Saman dan MySikap juga berdepan masalah akibat lonjakan trafik yang mendadak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.