Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah bersetuju untuk mengesahkan Bitcoin Cash (BSH) sebagai sebuah aset digital di Malaysia. Maknanya, rakyat Malaysia tidak lama lagi boleh membeli atau menjual BSH melalui platform kriptowang yang berdaftar.

Kriptowang ini akan menjadi yang kelima di Malaysia selepas Bitcoin (BTC), Ethereum (ETC), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC) jika disahkan oleh SC.

Maklumat mengenai persetujuan pengesahan Bitcoin Cash ini didedahkan oleh Pengarah Eksekutif SC untuk Strategi dan Inovasi Digital, Chin Wei Min di dalam satu wawancara di Fintech News Malaysia.

Beliau turut menjelaskan Malaysia pada awalnya bermula dengan tiga aset digital dan kini telah mempunyai lima dalam tempoh setahun bagi memenuhi permintaan pasaran. Buat masa ini Malaysia hanya mempunyai tiga bursa aset digital (DAX) Luno, SINEGY dan Tokenize telah disahkan untuk dagangan kriptowang.

Bagi mengekang aktiviti penipuan dan pelaburan, orang ramai telah diingatkan supaya tidak berdagang melalui platform yang tidak sah. SC sentiasa mengemaskini senarai peringatan pelabur yang menyertakan maklumat individu dan platform yang menjalankan aktiviti dagangan tanpa kawal selia.

Baru-baru ini satu peringatan telah dikeluarkan mengenai platform P2P Remitano yang tidak sah dan pihak SC sedang bekerjasama dengan SKMM untuk menyekat platform terbabit.

Tinggalkan komentar