Kuala Lumpur, 9 November 2022 –Strateq Group – sebuah perusahaan yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu telah mengumumkan penyertaan mereka dalam program rakan kongsi ServiceNow untuk memperkasakan perkembangan digital perusahaan di seluruh negara.
Strateq Group bakal meneruskan usaha mereka ke arah penjanaan idea serta penyediaan penyelesaian inovatif bagi pelanggan mereka melalui tawaran kerjasama kognitif yang akan datang. Sektor Cloud-Computing Malaysia kini semakin meningkat dengan nilai pasaran melebihi RM 2.9 bilion. Strateq bersedia untuk membantu perkembangan sektor ini dengan memudahkan akses kepada perkhidmatan dan penyelesaian pendigitalan.
Datuk Tan Seng Kit, Pengarah Urusan Kumpulan di Strateq Group berkata, “Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan organisasi berprestij seperti ServiceNow. Mereka mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam memudahkan penggunaan efektif cloud-computing secara global dan kini kami dapat memanfaatkannya untuk terus meningkatkan kecekapan operasi dan daya saing perusahaan di Malaysia. Bersama-sama kami berhasrat untuk membantu syarikat dan pengguna untuk menguruskan aliran kerja digital dalam industri ini. Dengan kerjasama ini, kami bakal mempunyai lebih banyak peluang untuk menjangkau lebih ramai pelanggan yang memerlukan untuk penyelesaian yang relevan dan berguna.”
Strateq adalah sebuah rakan kongsi segmen berdaftar ServiceNow di bawah Program Jualan dan Perkhidmatan bagi Malaysia. Ini bermakna Strateq layak untuk merujuk dan menjual semula produk dan perkhidmatan ServiceNow sebagai rakan kongsi rujukan dan penjualan semula. Strateq juga bakal menyediakan khidmat penyesuaian platform dan pengukuhan penyelesaian kepada pelanggan ServiceNow sebagai rakan kongsi perkhidmatan.
“Kami berhasrat untuk memanfaatkan pengalaman kami dalam ruang penyelesaian perusahaan yang kini bakal menjangkau 4-dekad untuk membawa tawaran kami bagi perniagaan Malaysia ke peringkat seterusnya. Memandangkan perniagaan dan perusahaan di seluruh negara bersiap sedia untuk menuju ke hadapan, pendigitalan dan penggunaan teknologi cloud kini terus menjadi lebih signifikan dan kami percaya kerjasama ini membenarkan kami untuk memenuhi tuntutan ini secara efektif serta dapat memperkasakan lagi perniagaan Malaysia untuk ke fasa seterusnya ini,” tambah Datuk Seng Kit.
Ditubuhkan pada 1983, Strateq adalah sebuah pengupaya teknologi terkemuka yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu untuk pelbagai industri termasuk penjagaan kesihatan, minyak & gas, perkhidmatan perbankan dan kewangan, telekomunikasi, tenaga & utiliti, pendidikan, barangan pengguna, pengilangan dan sektor awam. Strateq kini beroperasi di Malaysia, China, Hong Kong, Filipina, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.
Untuk keterangan lanjut bagi Strateq Group layari: www.strateqgroup.com