Oppo baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar dengan kuad-kamera terbarunya, Oppo A94 di Emiriah Arab Bersatu. Telefon pintar ini merupakan kesinambungan dari Oppo A93 yang dilancarkan tahun lepas.

Oppo A94 yang menggunakan cipset MediaTek Helio P95 2.2GHz ini mengetengahkan keupayaan kameranya. Hadir dengan kamera utama 48MP f/1.7, kuad-kameranya digandingkan dengan ultra-lebar 8MP f/2.2, makro 2MP f/2.4 dan kedalaman 2MP f/2.4. Untuk kamera hadapannya disediakan sebuah kamera swafoto 16MP f/2.0.

Telefon pintar ini menyediakan paparan AMOLED 6.43-inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel. Menggunakan sistem operasi berasaskan Android 11, telefon pintar ini menawarkan pilihan RAM 6GB atau 8GB dengan storan 128GB.

Melengkapkan spesifikasinya, Oppo A94 menggunakan bateri lithium polimer berkapasiti 4,310mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W melalui port USB-C. Selain itu, ianya juga menyediakan bicu audio dengan pengimbas cap jari terbina di dalam paparannya.

Setakat ini pihak Oppo masih belum mengumumkan pelancaran dan harga bagi telefon pintar ini bagi pasaran tempatan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.