Ketersesuaian ke belakang biasanya merupakan sesuatu ciri yang diharapkan oleh para peminat terhadap konsol permainan generasi akan datang.
Bagaimanapun, untuk konsol permainan terbaru ini, Sony mahu menjadikan judul-judul permainan PS4 keluaran terbaru boleh disesuaikan ke depan dengan PS5.
Pembangun-pembangun permainan yang ingin mendapatkan persijilan dari Sony untuk judul permainan PlayStation selepas 13 Julai ini perlu memenuhi kriteria terbaru. Keperluan terbaru dari Sony ini mengkehendaki judul permainan tersebut mesti boleh dimainkan pada kedua-dua konsol PS4 dan PS5.
Pihak Sony turut memaklumkan akan menghubungi pihak pembangun permainan yang terlibat untuk memberikan penjelasan lanjut.
Permainan Ghost of Tsushima yang akan diterbitkan pada 17 Julai ini bagaimanapun tidak tertakluk pada ketersuaian ke depan ini. Namun, ia tidak menghalang untuk sebarang penambahbaikan untuknya di masa akan datang.
Langkah yang dibuat oleh Sony ini agak bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Microsoft Xbox Series X melalui program Smart Delivery. Program tersebut membolehkan judul-judul permainan konsol generasi berikutnya dimainkan pada konsol generasi semasa. Xbox juga tidak begitu terlalu terikat dengan program berkenaan.
Ini bermakna, judul-judul pemainan untuk PlayStation 5 kelak hanya eksklusif dimainkan pada konsol terbaru tersebut. Namun, untuk permainan-permainan PS4 sepatutnya boleh dimainkan pada PS5 nanti.













