SKMM baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berkenaan pihak agensi masih lagi menerima aduan dari sebahagian pengguna yang masih belum menerima naik-taraf kelajuan internet dari telco masing-masing.

Tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang mensasarkan penurunan harga perkhidmatan jalur lebar dan peningkatan kelajuan oleh syarikat-syarikat telco di Malaysia.

Berdasarkan maklumat yang diterima, sehingga Disember 2018, lebih kurang 75 peratus pelanggan telah menerima naik-taraf perkhidmatan masing-masing dan baki selebihnya bakal menerima selewat-lewatnya pertengahan tahun 2019 ini.

Tinggalkan komentar