Utama Mobile Aplikasi Facebook dilaporkan sedang usahakan permesejan silang di antara Whatsapp, Instagram dan Facebook...

Facebook dilaporkan sedang usahakan permesejan silang di antara Whatsapp, Instagram dan Facebook Messenger

817
0

Aplikasi permesejan – Whatsapp, Instagram dan Facebook Messenger – ketiga-tiganya menampilkan ciri rekaan dan sebahagian fungsi yang amat unik antara satu sama lain hinggakan kita terlupa bahawa ketiga-tiganya dimiliki oleh Facebook.

Baru-baru ini akhbar The New York Times telah melaporkan aplikasi-aplikasi popular ini bakal menjadi lebih rapat dalam ‘perhubungan’ mereka dan bukan lagi sekadar aplikasi di bawah payungan Facebook.

Laporan berkenaan mendakwa Facebook kini di dalam peringkat awal mengintegrasikan ketiga-tiga aplikasi ini. Di bawah arahan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, integrasi ini hanya melibatkan aspek-aspek dalaman aplikasi-aplikasi ini sahaja dan ketiga-tiganya masih lagi beroperasi berasingan seperti biasa.

Integrasi ini turut melibatkan implementasi enkripsi hujung-ke-hujung sebagai tambahan kepada keupayaan permesejan silang di antara ketiga-tiga aplikasi ini. Memandangkan ketiga-tiganya hadir dengan perbezaan yang amat ketara dari segi ciri reka bentuk dan fungsi, tugasan ini pastinya bukanlah sesuatu yang mudah walaupun untuk sebuah syarikat teknologi sebesar Facebook.

Facebook mensasarkan integrasi di antara Whatsapp, Instagram dan Messenger bakal dilaksanakan sekitar penghujung tahun 2019 atau pada awal tahun 2020.

Sumber berita dan imej diperoleh dari The New York Times

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.