Utama Perkakasan Qualcomm Siri Samsung Galaxy S25 mungkin hanya menggunakan Pemprosesan Qualcomm Snapdragon sahaja

Siri Samsung Galaxy S25 mungkin hanya menggunakan Pemprosesan Qualcomm Snapdragon sahaja

60
0
Samsung Galaxy S23 Ultra-1
Gambar hiasan Samsung Galaxy S23 Ultra

Pemprosesan untuk telefon pintar mercu Samsung Galaxy S dilihat sering bertukar saban tahun ia diperkenalkan. Tahun ini kita melihat campuran penggunaan pemprosesan Samsung Exynos dan juga Qualcomm Snapdragon.

Tahun depan pula berkemungkinan hanya pemprosesan Qualcomm sahaja digunakan untuk siri Samsung Galaxy S25, menurut laporan terkini dari portal berita Korea Selatan, Harian Ekonomi atau Hankyung (한경).

Laporan tersebut juga mneyatakan model asas dan Plus Galaxy S25 akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4. Manakala model Ultra pula akan menggunakan pemprosesan yang sama, namun dipertingkatkan khusus untuk model tersebut. Ia mungkin merupakan versi yang dilewah jam sebagaimana versi Snapdragon for Galaxy sebelum ini.

Turut dinyatakan, Samsung sedang menumpukan usaha meningkatkan hasil dan kestabilan prestasi cip Exynos 2500. Oleh kerana ia mungkin tidak digunakan pada siri S25, dijangkakan pemprosesan tersebut akan digunakan pada Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7 yang kebiasaannya dilancarkan pada pertengahan kedua setiap tahun.

Jika laporan ini tepat, ini merupakan kali pertama gergasi teknologi dari Korea Selatan ini menggunakan pemprosesan Exynos buatannya pada telefon pintar boleh lipat. Tidak dapat dipastikan apakah kesannya terhadap prestasi keseluruhan telefon pintar boleh lipat yang akan diperkenalkan kelak jika menggunakan pemprosesan tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.