Banjir besar yang melanda di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu lalu turut memberikan kesan terhadap platform membeli-belah dalam talian, Shopee. Baru-baru ini, Shopee telah mengeluarkan kenyataan berhubung kelewatan dan pembatalan penghantaran berikutan masalah banjir.

Kesan daripada banjir besar ini turut menjejaskan aktiviti jualan peniaga-peniaga tempatan di Shopee. Selain itu, bencana alam ini turut mengakibatkan aktiviti penghantaran barangan tidak dapat dijalankan secara normal.

Pihak Shopee turut memaklumkan terdapat beberapa kelewatan dalam penghantaran barangan. Sebahagian barangan lagi mungkin perlu dibatalkan dan pemulangan wang kepada pembeli akan diberikan kepada mana-mana pembeli yang terlibat.

Anda boleh melakukan semakan status penghantaran barangan anda melalui platform dalam talian Shopee sama ada melalui pelayar web atau di dalam aplikasi mudah alihnya.

Tinggalkan komentar