Utama Mobile Aplikasi Shell akan laksanakan pilihan bayaran melalui RFID Touch ‘n Go; Tag Percuma...

Shell akan laksanakan pilihan bayaran melalui RFID Touch ‘n Go; Tag Percuma boleh didapati di Stesen terpilih

1208
0

Touch ‘n Go (TNG) baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Shell Malaysia bertujuan membolehkan pengguna membayar duit minyak melalui RFID TNG.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Encik Syahrunizam Samsudin, pengguna RFID TNG kelak boleh membayar duit minyak tanpa perlu melakukan sebarang interaksi secara fizikal. Ini bermakna, boleh terus mengisi minyak tanpa perlu memasukkan maklumat pada sistem POS pada pam minyak atau di kaunter pembayaran stesen minyak.

Ruangan mengisi minyak yang menyokong sistem pembayaran melalui RFID ini juga akan dilengkapkan dengan alat pengimbas yang mengesan tag RFID pengguna dan seterusnya amaun mengisi minyak akan ditolak dari aplikasi eDompet Touch ‘n Go pengguna. Sungguhpun pihak Touch ‘n Go dan Shell tidak menyatakan tarikh spesifik pelaksanaan kaedah pembayaran terbaru ini, Touch ‘n Go pernah menyatakan sokongan ini akan mula dilaksanakan sekitar suku keempat tahun 2020.

Walaubagaimanapun, Touch ‘n Go pada ketika ini telah mula menawarkan 10,000 tag RFID percuma di stesen-stesen Shell terpilih di sekitar Lembah Klang. Boleh didapati sehingga 31 Mac 2020, pengguna yang mempunyai akaun sah pada aplikasi eDompet Touch ‘n Go serta membelanjakan minimum RM50 melalui aplikasi berkenaan di stesen-stesen terpilih layak untuk menerima promosi tag RFID percuma ini.

Berikut adalah senarai stesen-stesen Shell yang menawarkan tag RFID Touch ‘n Go percuma:

  • Shell Wangsa Maju 2
  • Shell Taman Connaught
  • Shell Kota Warisan 1
  • Shell Desa Aman Puri
  • Shell Jalan Kuchai Lama 2
  • Shell Kota Damansara Seksyen 6
  • Shell Sri Hartamas
  • Shell Jalan Kepong 2 (Lot 4086 Jalan Kepong Mukim Batu, KL)
  • Shell Jalan Cheras KM5.5

Promosi ini hanya dibuka sehingga jam 8 malam setiap hari sepanjang tempoh kempen ini dijalankan.

Tag RFID Touch ‘n Go baru-baru ini telah melepasi fasa percubaannya yang telah dilaksanakan selama 18-bulan. Kini, ia mula dijual pada harga RM35 setiap satu. Layari laman web rasmi RFID Touch ‘n Go untuk maklumat lanjut.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Touch ‘n Go

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.