HONOR Magic V3 yang dilancarkan pada Khamis lalu di pasaran global termasuk Malaysia turut membawakan pelbagai ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) hasil kerjasamanya dengan Google Cloud. Fungsi-fungsi AI inovatif tersebut mampu memberikan kemudahan kepada pengguna dalam urusan harian seperti AI Eraser, Face to Face Translation, dan HONOR Notes.
Selain dari fungsi-fungsi baharu tersebut, Magic Portal juga diberikan nafas baharu dalam usaha menjadikan pengalaman penggunaan telefon pintar lebih mudah dan interaktif. Gabungan antara skrin yang lebih besar hasil dari teknologi paparan boleh lipat dengan perisian yang lebih padu pada Magic V3, anda boleh memanfaatkan kelebihan tersebut menerusi fungsi-fungsi seperti:
HONOR AI Eraser
Fungsi ini membolehkan anda memadamkan objek-objek yang tidak dikehendaki di dalam sesebuah foto yang ditangkap menggunakan HONOR Magic V3. Hasil kerjasama dengan Google Cloud, fungsi yang memanfaatkan teknologi AI generatif ini juga boleh mengolah semula latar belakang sesuatu foto itu untuk menjadikan ia lebih menarik.
Untuk mengaksesnya, anda boleh pergi mana-mana foto yang ingin anda sunting di dalam Gallery, dan tekan pada “Edit”. Seterusnya anda boleh pilih pada AI Eraser dari menu yang tertera.
Selain dari membuang objek-objek yang tidak dikehendaki, anda juga boleh membuang tera air (watermark) pada sesebuah foto. Untuk menggunakan fungsi ini, anda boleh melukiskan bulatan pada bahagian berkenaan dan AI secara automatik akan membuang bahagian tersebut dengan mengisikan bahagian tersebut dengan olahannya sendiri.
Face to Face Translation
Komunikasi ketika berada di luar negara kadangkala agak sukar jika kita tidak mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa lazim yang digunakan di tempat tersebut. Penggunaan aplikasi terjemahan atau mungkin juga kamus dwi-bahasa boleh membantu, namun ia akan mengambil masa yang membuatkan pertanyaan ringkas menjadi canggung.
Face to Face Translate oleh HONOR ini menawarkan fungsi terjemahan segera ketika perbualan sedang berlangsung bagi mengurangkan jurang komunikasi antara dua bahasa yang berbeza.
Buat masa ini, Face to Face Translation menyokong 10 bahasa, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Itali, Bahasa Rusia, Bahasa Turki, Bahasa Arab, dan Bahasa Melayu.
@hannstudiosmy 😭😭😭 Honor Magic V3 menyambung jalinan cinta berlainan negara
Di dalam hover mode, klik pada butang pertama di penjuru atas kanan untuk membuka skrin luaran untuk membolehkan individu yang ingin anda tanya dapat melihat terjemahan yang ditulis.
Untuk mendapatkan terjemahan Face-to-Face ini anda boleh pergi ke: Setting > Assistant > Face-to-Face Translation > Add Home Screen to Shortcut.
Magic Portal – Circle to Do More
Anda boleh menggunakan fungsi khusus yang diperkenalkan pada telefon pintar HONOR ini untuk meningkatkan produktiviti untuk carian maklumat sambil boleh berkongsikannya dengan mudah.
Untuk menggunakan fungsi ini, anda boleh memilih teks, alamat ataupun imej-imej yang ingin anda ketahui maklumat lanjutnya dengan membuatkan bulatan menggunakan sendi jari. Seterusnya, dengan masih lagi menggunakan sendi jari, bahagian yang anda pilih tadi boleh diseretkan ke apliaksi seperti Google, WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok melalui Magic Portal.
Hasil dari carian-carian tersebut juga dapat digunakan untuk membuat perbandingan secara bersebelahan dengan meletakkan tetingkap-tetingkap aplikasi yang anda buka secara bersebelahan pada skrin utama paparan boleh lipat Magic V3. Anda juga boleh membuka dua Magic Portal secara serentak sekaligus!
HONOR Notes
Teknologi mengenalpasti suara menggunakan AI untuk mengubah tutur kata kepada teks dengan tepat telah dimanfaatkan pada HONOR Notes melalui fungsi Voice to Text. Rakaman percakapan ketika sesi seperti mesyuarat atau kuliah dapat direkodkan secara audio dan juga dapat dicatatkan dalam bentuk teks menerusi fungsi transkripsi (transcribe).
Ciri yang menggunakan perkhidmatan Google Cloud ini juga boleh menterjemahkan teks atau input suara tersebut ke dalam bahasa-bahasa yang disokongnya buat masa ini seperti Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Itali, Bahasa Rusia, Bahasa Turki, Bahasa Arab, dan Bahasa Melayu.
Dapatkan HONOR Magic V3 di pasaran sekarang!
Anda boleh mendapatkan Magic V3 di kedai dalam talian rasmi HONOR Malaysia dan juga di Lazada dan Shopee. Bermula dari sekarang sehingga 12 September 2024, anda boleh menerima hadiah percuma bernilai RM2,896 berbentuk perlindungan skrin 365-hari, HONOR Watch 4, HONOR Magic Pen dan Honor SuperCharge Wireless Charger Stand apabila membuat pra-tempahan HONOR Magic V3.
HONOR Magic V3 boleh didapati pada harga RM6,999 dengan konfigurasi RAM 12GB dan storan 512GB.