Utama Mobile Samsung perkenal telefon pintar mampu milik Galaxy V Plus (RM299) ke pasaran...

Samsung perkenal telefon pintar mampu milik Galaxy V Plus (RM299) ke pasaran Malaysia

908
2

Samsung baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi rendah yang dinamakan sebagai Samsung Galaxy V Plus. Peranti pintar ini diumumkan secara biasa-biasa je di dalam laman web rasmi Samsung Malaysia. Ia adalah versi yang mengalami sedikit naik taraf dari Galaxy V yang asal.

Dari sudut reka bentuknya, Galaxy V Plus kelihatan serupa dengan Galaxy V. Ia menampilkan paparan TFT 4.0 inci dengan resolusi 480 x 800 WVGA. Kuasa pemprosesannya telah dipertingkatkan dari pemprosesan tunggal 1.2 GHz kepada dwi pemprosesan 1.2 GHz. Memorinya masih lagi kekal pada 512MB dan kapasiti storan 4GB yang boleh dikembangkan sehingga 64GB melalui slot SD mikro.

Lain-lain ciri yang terdapatnya masih lagi sama dengan Galaxy V seperti kamera belakang 3 megapiksel lengkap dengan sokongan flash dan kamera VGA untuk bahagian hadapannya. Baterinya jenis boleh tanggal pada kapasiti 1500 mAh. Manakala sistem operasinya pula, ia dioperasikan oleh Android 4.4 KitKat dan diperkemaskan lagi dengan antaramuka Samsung TouchWiz. Bagaimanapun, telefon pintar dwi-kad SIM hanya menyokong rangkaian sambungan 3G sahaja, sama seperti versinya yang terdahulu.

Walaupun Samsung Galaxy V Plus hadir dengan spesifikasi yang rendah, ia masih lagi memadai untuk kegunaan yang biasa-biasa termasuklah penggunaan aplikasi-aplikasi sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter. Lagipun, pada spesifikasi yang rendah sebegini sepatutnya pengguna tidak akan mengalami sebarang masalah untuk melayari laman web baik menggunakan pelayar seperti Chrome mahupun pelayar yang sedia ada.V Plus 1V Plus 2

Galaxy V Plus ini boleh didapati dalam dua warna, hitam atau putih. Sedang pihak Samsung masih belum menyatakan harga jualannya, dijangkakan harganya akan dijual sekitar RM299.

2 KOMEN

  1. Orang tua seusia saya sesuai pakai henpon ni. Budak2 muda tak pandang sebelah mata, mereka nak sesuatu yg hebat, henpon yg diperkuat memori berkuasa tinggi antara 2-4 gb, kamera depan dan belakang berkuasa tinggi dll. Mereka nak sesuatu yg hebat walaupun duit poket sekolah masih dengan ihsan ibu bapa, hehehehe…

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.