Utama Mobile Android Samsung perkenalkan Siri Galaxy A – Galaxy A 10 dilancarkan 28...

Samsung perkenalkan Siri Galaxy A – Galaxy A 10 dilancarkan 28 Februari ini

895
0

Samsung telah dilaporkan akan melancarkan telefon pintar model Galaxy A10 pada 28 Februari ini. Selain itu, turut diperkenalkan dua lagi model dari siri yang sama Galaxy A30 dan Galaxy A50.

Sekali imbas, kamera masih lagi menjadi keutamaan pada siri Galaxy A yang diperbaharui untuk tahun ini. Galaxy A50  hadir dengan tetapan tri-kamera dengan 25MP + lensa bersudut luas 8MP + 5MP penderia kedalaman. Untuk kamera swafoto dilaporkan akan menyediakan sebuah kamera 25MP.

Bagi Galaxy A30 pula, ianya hadir dengan tetapan dwi-kamera untuk kamera belakangnya dengan gabungan 16MP + lensa bersudut luas 5MP. Dihadapannya pula dilengkapi dengan sebuah kamera berkeupayaan 16MP.

Untuk kedua-dua model telefon pintar ini, Galaxy A30 dan Galaxy A50 menyediakan paparan Infinity-U Super AMOLED 6.4-inci bersama-sama pengecasan tanpa wayar untuk baterinya yang berkapasiti 4,000mAh. Kedua-duanya juga ditawarkan dengan dua pilihan variasi iaitu RAM 3GB + ROM 32GB atau RAM 4GB + ROM 64GB untuk Galaxy A30. Manakala untuk Galaxy A50 pula ianya menawarkan pilihan RAM 4GB + ROM 64GB atau RAM 6GB + ROM 128GB.

Dijangkakan Galaxy A30 dan Galaxy A50 masing-masing bakal dilengkapi dengan kuasa pemprosesan cipset Exynos 7904 dan Exynos 9610. Manakala untuk Galaxy A10 pula ianya dikuasakan oleh cipset Exynos 7884B.

Selain dari cipset, Galaxy A10 dilaporkan dilengkapkan dengan sebuah kamera utama 13MP dan sebuah kamera swafoto 5MP. Untuk paparannya, Galaxy A10 menyediakan paparan Infinity-V HD+ berukuran 6.2-inci. Bateri yang digunakan olehnya berkapasiti 4,000mAh, namun dijangkakan ianya tidak menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar.

https://www.youtube.com/watch?v=eB7WN9LdG-M

Setakat ini tiada sebarang laporan mengenai harga dan tarikh keberadaan telefon-telefon pintar siri Galaxy A ini di pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.