Utama Mobile Android Samsung Pay secara rasminya boleh digunakan di Malaysia

Samsung Pay secara rasminya boleh digunakan di Malaysia

1097
1

Samsung Pay kini secara rasminya boleh digunakan di Malaysia. Sistem dompet elektronik ini membenarkan pengguna membayar menggunakan telefon pintar. Kelebihan pembayaran menggunakan sistem ini terletak pada penggunaan teknologi NFC yang membenarkan pengguna membayar di kedai-kedai yang pada kebiasaannya tidak menyokong pembayaran elektronik.

Menurut Samsung, peranti yang menyokong Samsung Pay memiliki teknologi MST yang membolehkannya bertindak menyerupai strip magnet pada kad kredit. Ia seterusnya membenarkan ia digunakan tanpa peralatan tambahan untuk membuat pembayaran di kedai-kedai. Sekaligus, mempermudahkan urusan jual beli di antara pelanggan dan peniaga.

Setakat ini, Samsung Pay menyokong Mastercard CIMB, Visa dan Mastercard Citibank, Visa Maybank dan juga kad kredit Visa dan Mastercard Standard Chartered. Selain itu, sistem pembayaran ini juga turut menyokong penggunaan kad debit dan kad prabayar Maybank. Juga, tidak lama lagi sokongan untuk Hong Leong Bank juga akan menyusul.

Tidak ketinggalan, kad-kad program loyalti seperti Bonuslink, B Infinite dan Sunway Pals turut disokong melalui aplikasinya.

Buat masa ini, Samsung Pay hanya terhad boleh digunakan pada peranti-peranti tertentu sahaja seperti Galaxy S7, Galaxy S7 Edge, Galaxy S6 Edge+, Galaxy Note 5, Galaxy A5 (2017 dan 2016), dan akhir sekali Galaxy A7 (2017 dan 2016).

Terdahulu, program pengujian beta sistem ini untuk Malaysia telah dijalankan oleh pihak Samsung dan Maybank sejak Disember 2016. Sungguhpun pelaksanaan sistem ini telah tersasar tarikhnya yang pada asalnya dijadualkan pada suku keempat tahun 2016, ia lebih baik daripada langsung takda. Tambahan pula, bukan mudah untuk memujuk para peniaga untuk menggunakan sistem pembayaran baru seperti ini.

Sumber berita diperoleh dari The Star

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.