Utama Monitor Samsung Monitor M8, M7 & M5 diumumkan di pasaran Malaysia; Pra-tempahan dibuka...

Samsung Monitor M8, M7 & M5 diumumkan di pasaran Malaysia; Pra-tempahan dibuka dari 26 Mac hingga 6 April 2022

409
0

Samsung secara rasminya memperkenalkan siri Smart Monitor ke pasaran Malaysia. Siri monitor ini pertama kali diumumkan oleh Samsung menerusi acara CES 2022 baru-baru ini.

Smart Monitor keluaran tahun 2022 ini menawarkan paparan LCD jenis VA beresolusi 4K (3,840 x 2,160px) dengan nisbah aspek 16:9 dan kadar penyegaran semula 60Hz. Panelnya ini juga mematuhi spesifikasi HDR10+ dengan liputan warna spektrum sRGB 99%.

Pelbagai ciri sokongan turut disediakan pada siri Samsung Smart Monitor ini seperti AirPlay 2, sambungan nirwayar Samsung Dex dan juga fungsi akses jarak jauh PC. Terdapat sepasang pembesar suara 5W padanya serta sebuah kamera 1080p SlimFit yang boleh ditanggalkan.

Untuk Samsung Smart Monitor M8, monitor ini menggunakan sistem operasi Tizen OS dan boleh berperanan sebagai hab kawalan kesemua peranti pintar di rumah anda.

Monitor ini turut mneyediakan satu port mikro HDMI, dan dua port USB-C. Ketersambungan nirwayar pula, Samsung Smart Monitor menyediakan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 4.2. Bekalan kuasa monitor ini boleh disambungkan menerusi output USB-C 65W yang boleh disambungkan dengan laptop mahupun telefon.

Harga Samsung Smart Monitor M8, M7 dan M5 di pasaran Malaysia

Berikut adalah harga saranan dan promosi pra-tempahan eksklusif bagi Samsung Smart Monitor M8, M7 dan M5:

ModelProdukHarga saranan di pasaranPromosi pra-tempahan
LS32BM801UEXXS32″ Smart Monitor M8RM3,4881. Smart Keyboard Trio 500
Black [EJ-B3400UBEGWW] 

2. Bluetooth Mouse Slim
Black [EJ-M3400DBEGWW]

3. Samsung Bud Live
[SM-R180NZKAXME]

LS43BM702UEXXS43″ Smart Monitor M7RM3,2881. Smart Keyboard Trio 500 

Black [EJ-B3400UBEGWW]

2. Bluetooth Mouse Slim –
Black [EJ-M3400DBEGWW]

LS32BM701UEXXS32″ Smart Monitor M7 (White)RM2,2881. Smart Keyboard Trio 500
Black [EJ-B3400UBEGWW]2. Bluetooth Mouse Slim
Black [EJ-M3400DBEGWW]
LS32BM700UEXXS32″ Smart Monitor M7RM2,0881. Smart Keyboard Trio 500
Black [EJ-B3400UBEGWW]2. Bluetooth Mouse Slim
Black [EJ-M3400DBEGWW]
LS32BM501EEXXS32″ Smart Monitor M5 (White)RM1,8881. Smart Keyboard Trio 500
Black [EJ-B3400UBEGWW]
LS32BM500EEXXS32″ Smart Monitor M5RM1,6881. Smart Keyboard Trio 500
Black [EJ-B3400UBEGWW]
LS27BM501EEXXS27″ Smart Monitor M5 (White)RM1,6881. Smart Keyboard Trio 500
Black [EJ-B3400UBEGWW]
LS27BM500EEXXS27″ Smart Monitor M5RM1,5381. Smart Keyboard Trio 500
Black [EJ-B3400UBEGWW]

Tawaran eksklusif melalui pra-tempahan ini bermula dari 28 Mac hingga 6 April 2022 menerusi kedai dalam talian Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.