Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 Ultra FE dijangka terima naik taraf untuk Kamera Utama...

Samsung Galaxy S23 Ultra FE dijangka terima naik taraf untuk Kamera Utama 50MP

377
0
Ulasan Samsung Galaxy S23-2

Samsung Galaxy S23 Fan Edition (FE) dikatakan akan dilancarkan sekitar suku keempat pada tahun ini. Namun, tidak banyak maklumat terkini mengenai perkembangan baharu telefon pintar tersebut.

Baru-baru, sebuah laman web dari Belanda, Galaxy Club telah berkongsikan maklumat yang mengatakan Galaxy S23 FE akan mempunyai kamera utama 50MP, sama seperti yang digunakan pada S23 dan S23 Plus.

Ini merupakan penambahbaikan yang ketara mengambil kira kamera Galaxy S21 FE yang mempunyai kamera utama 12MP, ultra lebar 12MP dan telefoto 8MP dengan zum optikal 3x.

Lain-lain maklumat masih lagi samar-samar dengan terdapat pihak yang mendakwa terdapat kemungkinan ia akan menggunakan pemprosesan Samsung Exynos 2200. Begitu juga dengan dua lagi kameranya yang setakat ini masih lagi tiada maklumat mengenainya.

Mengambil kira penawaran pada model terdahulu, kemungkinan Galaxy S23 FE akan menawarkan RAM 8GB, storan 256GB dan juga bateri berkapasiti 4,500mAh bersama-sama sokongan pengecasan 25W.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.