Samsung telah mengumumkan pelancaran sebuah lagi telefon pintar peringkat pemula baharunya, Galaxy M13 pada hari ini. Berdasarkan namanya, telefon pintar asas ini dijangka akan ditawarkan pada harga mampu milik di pasaran kelak.
Telefon pintar yang hadir dengan skrin FHD+ 6.6-inci dengan takuk berbentuk V ini dikuasakan oleh cipset Samsung Exynos 850. Ia juga didatangkan dengan RAM 4GB dan pilihan storan sama ada 64GB atau 128GB, serta bateri berkapasiti 5,000mAh.
Untuk kameranya, Samsung Galaxy M13 menyediakan tri-kamera iaitu kamera utama 50MP f/1.8, ultra lebar 5MP f/2.2 dan kamera berkedalaman 2MP f/2.4. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 8MP f/2.2.
Telefon pintar ini menggunakan antaramuka One UI Core 4.1 yang berasaskan Android 12. Tidak semua kefungsian dari One UI 4.1 disediakan pada antaramuka ini atas faktor keupayaan perkakasannya. Galaxy M13 juga tidak menyediakan sokongan rangkaian 5G.
Samsung Galaxy M13 yang menawarkan sokongan dwi-SIM dan bicu audio 3.5 ini akan ditawarkan dengan pilihan warna Deep Green, Orange Copper, dan Light Blue